Monday, November 5, 2007

Fatwa: Ajaran Sesat - Haram

TAJDIDSEGAR

Merakamkan Penghargaan kepada:

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam


Terima kasih di atas kerjasama membongkar ajaran-ajaran tarekat sesat di Malaysia



Inilah keputusan fatwa berkenaan
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan.asp


---------

Berikut adalah keputusan fatwa mengikut negeri
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/default.asp



Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah

=====================================================================================

Tajuk: Fahaman Wahdatul Wujud

Isu: Fahaman wahdatul Wujud adalah menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Fatwa: Jawatankuasa Fatwa telah mengkaji dan bersetuju dengan sebulat suara bahawa fahaman Wahdatul Wujud menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Rujukan Pewartaan: No. 20 Jd. 44
Tarikh Pewartaan: 27 September 2001
Keterangan: Bersetuju dengan Fatwa Johor pada tahun 1948 bahawa fahaman wahdatul wujud adalah kufur dan sesiapa yang mempercayai dan megamalkannya adalah murtad. Jika pengamal ajaran tersebut mempunyai isteri maka tertalaklah ia dan adalah anaknya luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.
 


Tajuk: Tariqat An Naqsyabandiah Al Aliyyah

Isu: Tariqat An Naqsyabandiah Al Aliyyah pimpinan Syeikh Mohammed Nazmim Haqani
Fatwa: Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah D.A. setelah mengkaji bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan tareqat ini.
Rujukan Pewartaan: No.20 Jd. 44
Tarikh Pewartaan: 27 September 2001
Keterangan: Kerana ianya didapati bertentangan dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.
 


Tajuk: Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam

Isu: Buku "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan " Hj. Ashaari Muhammad dan "Manaqib Sheikh Muhammad b. Abdullah as-Suhaimi" tulisan Mohamad Taha as-Suhaimi
Fatwa: i. kedua-dua buah buku berkenaan adalah diharamkan.
ii. Kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku-buku tersebut adalah diharamkan.
Rujukan Pewartaan: Bil.17 Jld.37
Tarikh Pewartaan: 18 Ogos 1994
Keterangan: Pengharaman ini termasuklah:
i. apa-apa variasi, versi, bentuk ataucabang mana-mana ajaran tersebut
ii. apa-apa jua bahan publisiti kumpulan tersebut
iii. apa-apa penerbitannya.
 


Tajuk: Membendung Pengaruh Syi'ah

Isu: Langkah-langkah kearah membendung pengaruh Syi'ah di Malaysia
Fatwa: Jawatankuasa Fatwa bersetuju:
i. Bahawa umat Islam di Negeri Kedah D.A. hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wl Jama’ah dari segi ‘aqidah syariah dan akhlak
ii. Bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah dilarang
iii. Bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem,video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli SunnahWal Jama’ah adalah dilarang.
Rujukan Pewartaan: No.4 Jld. 42
Tarikh Pewartaan: 18 Feb 1999

-------------------------------------------------------------------------------------


Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang
=====================================================================================


Tajuk: Pengharaman Ajaran Dan Fahaman Perjalanan Laduni Ramatullah
(Ajaran Ismail Bin Harun)


Fatwa:
1. Bahawa Ajaran Dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah ( Ajaran Ismail Bin Harun ) adalah bercanggah dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan bangsa dan keamanan negara.
2. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhanya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan percanggahanya yang terdapat di dalam ajaran tersebut.
3. Oleh itu mana-mana orang Islam yang mengajar , mengamal dan menyebar ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT.
4. Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

a) Untuk mengajar , mempelajari , mengamalkan , berpegang kepada atau menyebarkan ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah ( Ajaran Ismail Bin Harun ).
b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk , versi atau variasinya atau apa-apa terjemahanya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan , sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainya atau apa-apa media atai apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut ;atau
c) Untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan ajaran atau fahaman atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan demikian.
Rujukan Pewartaan: En. No. 7/ 1993
Tarikh Pewartaan: 25 September 2003
Keterangan:
a) Ismail mendakwa bahawa ilmu ini di beritahu oleh Allah SWT yang sentiasa berada denganya secara terus sebagai saksi dengan gelaran Yang Mulia Rabbul Jalil Habibullah Haji Ismail As Siddiq r.a.
b) Mendakwa diri sebagai Hakim Kaabah Rabbul Jalil dan sesiapa yang hendak pergi menunaikan haji perlu menghakimkan terlebih dahulu kepada Ismail Harun untuk mendapatkan kepastian sama ada seseorang itu akan mendapat haji mabrur atau tidak.
c) Pembelian Al Quran mestilah dirujukkanj kepada beliau untuk mendapatkan" Hikmah" melalui proses tertentu yang dijalankan oleh beliau sendiri.
d) Beliau mendakwa bahawa tanpa beliau dunia akan kiamat kerana dengan ilmu Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah ini mampu untuk melambatkan kedatangan hari kiamat.
e) Setiap pengikut yang berjumpa dengannya perlu bersalam dan tidak boleh duduk disebelah kanannya kerana mendakwa ada Rasullah SAW dan disebelah kirinya terdapat empat orang sahabat.



Tajuk: Fatwa Mengenai Fahaman Syiah

Fatwa:
1)Bahawa Ajaran dan Fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.
2)Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang.
Rujukan Pewartaan: 7/1993
Tarikh Pewartaan: 16 Januari 1997
Keterangan: Oleh itu, mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi;
(a)Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam ajaran dan fahaman Syiah kecuali untuk amalan individu itu sendiri; atau
(b)Untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaeadah yang bileh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau
(c)Untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.


-------------------------------------------------------------------------------------


Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
=====================================================================================

Tajuk: Fatwa Tentang Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya

Fatwa:
(1) Amalan Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya mempunyai unsur-unsur amalan yang membawa syirik dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.22.
Tarikh Pewartaan: 14 September 1995



Tajuk: Pindaan Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiah/qadiani

Fatwa:
2A. Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar dari Agama Islam),akibatnya dari segi Hukum syara’ dan Undang-Undang Sivil ialah :-
(a) Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;
(b) Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
(c) Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat kerabat Muslimnya; dan
(d) Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperolehi oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan, mengikut ,mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Tarikh Pewartaan: 17 Ogos 2001



Tajuk: Fatwa Tentang Fahaman Wahdatul Wujud

Fatwa:
(1) Fahaman Wahdatul Wujud adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam adalah dilarang mengamalkan fahaman tersebut.
(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan Fahaman Wahdatul Wujud hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Tarikh Pewartaan: 5 Julai 2001



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Haji Banuar Bin Roslan

Fatwa:
(1) Ajaran Haji Banuar bin Roslan didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati :
(a) Mencampuradukkan antara amalan kebatinan dengan agama untuk menarik perhatian seperti ilmu sihir;
(b) Haji Banuar bin Roslan mendakwa tidak perlu sembahyang Jumaat jika ada urusan yang lebih penting dan semua sembahyang fardhu boleh dijamakkan.
(c) Haji Banuar bin Roslan mengaku telah menerima Ilmu Laduni terus dari Allah di Kaabah semasa mengerjakan haji; dan
(d) Mengeksploitasikan agama untuk kepentingan peribadi seperti menggunakan kuasa sihit-seluruh pengikut diminta patuh dan mengeluarkan harta benda seperti wang ringgit kepada guru sebagai satu pengorbanan.

Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan ajaran Haji Banuar bin Roslan hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.17.
Tarikh Pewartaan: 5 Julai 2001



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Mohd Nordin Bin Putih

Fatwa:
(1) Ajaran Mohd Nordin bin Putih didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Mohd Nordin bin Putih di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan; Sel.P.U.32.
Tarikh Pewartaan: 28 September 1995



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Haji Ghazali Bin Othman

Fatwa:
(1) Ajaran Haji Ghazali bin Othman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Haji Ghazali bin Othman di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.33
Tarikh Pewartaan: 28 September 1995



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Islam Jamaah

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan Islam Jamaah didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Islam Jamaah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.

Antara ciri-ciri ajaran itu:
1. Kesalahan dari sudut akidah
(a) Murid-murid beliau dikehendaki berbai’ah dengan mengakui Haji Nur Hassan al-Ubaidah Lubis sebagai Amirul Mukminin.
(b) Mendakwa Amir sebagai sumber hukum. Maka segala tindakan seperti perkahwinan, harta benda ditentukan oleh beliau.
(c) Mendakwa kumpulan mereka sahaja yang mengamalkan cara Islam yang sebenar. Manakala bukan ahli dianggap kafir.

2. Kesalahan dari sudut syariah
(a) Menolak sumber hukum Ijma’ dan Qias.
(b) Menganggap najis Mughallazah tidak perlu disamak.
(c) Mendakwa hanya najis manusia yang dianggap najis.
(d) Tafsiran air dua kolah yang mengelirukan.
(e) Melakukan solat Jumaat di rumah.
(f) Mengeluarkan hukum bahawa mana-mana binatang yang mati di kawasan/perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.
(g) Lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan.
(h) Tidak menghormati al-Quran dengan meletakkan di tempat yang tidak sewajarnya.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.11.
Tarikh Pewartaan: 24 September 1998



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Jahar Bin Dumin (ilmu Hakikat)

Fatwa:
(1) Ajaran Jahar bin Dumin (Ilmu Hakikat) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Jahar bin Dumin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U. 47.
Tarikh Pewartaan: 23 November 1995



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Syed Muhamad Al-masyhor

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan Syed Muhamad al-Masyhor (Tarikatul Islam Muhamad S.A.W. Habibullah al-Hashimi) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan
ajaran Syed Muhamad al-Masyhor (Tarikatul Islam Muhamad S.A.W. Habibullah al-Hashimi) di mana-mana berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanabu Wata’ala.

Antara ciri-ciri ajaran itu:
(a) Mengaku diri sebagai Rasul.
(b) Mendakwa boleh memberi syafaat kepada pengikut yang melakukan kesalahan.
(c) Pada hakikatnya Rasul (Syed Muhamad al-Masyhor) pengganti Rasulullah itu telah bercantum dengan Allah. Kata-kata dan gerak-gerinya adalah Allah sendiri.
(d) Mendakwa al-Quran yang sebenar ialah Nur Hakim.
(e) Mengamal nikah batin.
(f) Pengikut ditegah bernikah dengan orang luar.
(g) Menegah berkahwin dengan bukan ahli.
(h) Pengikut ajaran ini dijamin masuk syurga.
(i) Menyalah tafsirkan ayat al-Quran.
(j) Menerbitkan buku bertajuk “Mengikut Jejak Rasulullah S.A.W.”.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.14.
Tarikh Pewartaan: 2 September 1998



Tajuk: Fatwa Tentang Tarikat Zikrullah (Hasan Anak Rimau Dan Ayah Pin)


Fatwa:
(1) Ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam, di mana-mana jua berada, yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin hendaklah meninggalkan ajaran itu dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.45.
Tarikh Pewartaan: 23 November 1995



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Azhar Wahab

Fatwa:
Dari segi Akidah :
(1) Mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah (pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002)
(2) Menggunakan ‘Tawassul’ iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata “Ya Allah dengan berkat dan karamah Guruku Tuan Azhar, sembuhkan penyakit si pulan .....”.
(3) Mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh ‘Pak Syeikh’ atau ‘wali Allah’. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.
(4) Berbai’ah akan mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya dari orang ramai, sesiapa yang belot atau keluar hidupnya tidak akan selamat.
(5) Memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah dari guru. Memakan ais ini simbol kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan.
(6) Mempunyai bala tentera dam kapal terbang ghaib.
(7) Mempunyai masjid jin di Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Sentubung di Sarawak.
(8) Mengetahui pergerakan orang yang mengintip setiap aktivitinya.
(9) Mempunyai pengawal dari golongan jin.
(10) Menangis di hadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat pengikutnya.
(11) Percaya dengan khurafat seperti :
(i) Semasa perarakan untuk melantik beliau sebagai Naib Khalifah Seni Silat mempertahankan diri Al-Mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. Beliau amat percaya dengan telahan di kalangan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta beliau menaiki belakangnya kerana beliau berketurunan ‘raja’.
(ii) Tabib dan tabibah diarah menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.
(iii) Menggunakan setanggi untuk diasapkan di setiap pusat rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi, di samping itu memberi salam kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Khaidir dan Azhar sendiri. Amalan ini dilakukan setiap hari sebelum memulakan perniagaan atau membuka perniagaan.

Dari segi syariat :
(1) Mana-mana ahli yang didapati bersalah dan jika dapat dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan ‘dam’ sama ada dalam bentuk wang atau harta benda.
(2) Solat waktu sentiasa dijamakkan.
(3) Menyampaikan perjuangan agama seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah S.A.W. dan mendakwa penubuhan syarikatnya juga adalah seperti yang pernah dibuat oleh Rasulullah S.A.W. iaitu berniaga untuk mengembangkan Islam.
(4) Apa sahaja yang dibawa oleh Azhar bin Wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keputusan dan arahannya.
(5) Azhar bin Wahab selalu tidak sembahyang Jumaat.

Dari segi Akhlak ::
(1) Memulakan ucapan dengan bersumpah memegang Al-Quran. Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj. Illias bin Hj. Yusuf (dimajlis pertemuan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002 lalu).
(2) Boleh memberi ‘barakah’ dan ‘syafaat’ kepada anak muridnya.
(3) Ada keberkatan kerana boleh menarik duit para pelanggan dan mereka akan mengeluarkan wang sebanyak mana yang mereka ada.
(4) Memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti wali Allah.
(5) Boleh ke mana-mana dengan serta merta termasuk ke China dan ke Mekah.
(6) Menggugut ahli agar jangan derhaka kepadanya nanti tidak mendapat karamah.
(7) Mewajibkan ahli agar tidak bercampur-gaul dengan masyarakat.

Ajaran Azhar bin Wahab (Pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd.) adalah diharamkan, kerana didapati ada percanggahan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam. Orang-orang Islam yang mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.
Rujukan Pewartaana: Sel. P.U.16
Tarikh Pewartaan: Tajuk Isu Fatwa Rujukan Pewartaan Tarikh Pewartaan Keterangan 7 Oktober 2004

 

Tajuk: Fatwa Tentang Aurad Ismailiah Ajaran Mahmud Bin Haji Abd Rahman

Fatwa:
(1) Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.48.
Tarikh Pewartaan: 23 November 1995



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Martabat Tujuh Pimpinan Hamzah Bin Embi

Fatwa:
(1) Ajaran Martabat Tujuh yang diajar oleh Hamzah Bin Embi didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Martabat Tujuh yang diajar oleh Hamzah Bin Embi di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.53.
Tarikh Pewartaan: 7 Disember 1994



Tajuk: Fatwa Tentang Ilmu Tajali Ahmad Laksamana (hakikat Insan)

Fatwa:
(1) Ilmu Tajali atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan-
(a) buku “Hakikat Insan” yang di tulis oleh Haji Ahmad Laksamana;
(b) buku “Rahsia Mengenal Diri” yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan;
(c) buku-
(i) “ Rahsia Hakikat Insan”; dan
(ii) “ Cara Mengenal Diri”’ yang ditulis oleh Imam Al-Soouti didapati mengandungi ajaran-ajaran yang meragukan dan bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh yang demikian, orang-orang Islam dilarang menyebarkan, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam, di mana-mana jua berada,yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajali atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
(3) Orang-orang Islam tidak boleh menjual, mengedar, membeli atau memiliki buku-buku yang tersebut dalam perenggan (1)
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.44.
Tarikh Pewartaan: 23 November 1995



Tajuk: Fatwa Tentang Tarikat Al-hasaniah

Fatwa:
(1) Tarikat Al-Hasaniah adalah diharamkan kerana menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati mempunyai sifat-sifat seperti berikut :
1. Guru mempunyai cahaya yang kuat dari Rasulullah. Cahaya itu akan diberikan kepada murid-murid kanan. Dengan cahaya itu segala hijab akan terbuka dan boleh menembusi alam ghaib seperti Alam Barzakh,Alam Roh dan Alam Jin. (Di dalam tape rakaman yang bertajuk “Pengembaraan ke Sabah”, Bahagian 1 ada dipaparkan perbualan di antara Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul dengan allahyarham abang kepada Abdul Halim).
2. Ahli-ahli kanan terikat ini telah mendakwa bahawa mereka pernah dibawa oleh guru mereka untuk melawat Syurga, Neraka dan Alam Mahsyar.
3. Mereka juga mendakwa boleh membuat tempahan untuk memasuki Syurga yang teratas dan mampu menempah istana di dalam syurga dan akan dijodohkan semula bersama isteri masing-masing ketika di syurga oleh guru mereka.
4. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga telah mendakwa beliau dan gurunya boleh menyelamatkan mana-mana keluarga dari kalangan ahli tarikatnya agar tidak akan diseksa dengan seksaan kubur jika dimaklumkan kepada guru.
5. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati juga pernah mengumumkan bahawa tarikat yang dibawa olehnya merupakan tarikat yang menegakkan kebenaran sepertimana yang berlaku pada kurun ke-15.
6. Dalam tape rakaman yang bertajuk “Pengembaraan ke Sabah”, Bahagian 1 ada memaparkan kisah di mana ketika Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedang mengambik wuduk, beberapa orang pengikutnya sanggup membasuh muka dan meminum sisa air wuduk gurunya ketika merekaberada di dalam Gua Masai, Sabah.
7. Guru telah mensyaratkan agar murid-muridnya menyebut nama guru berulang-ulang dan hendaklah membayangkan wajah guru ketika berdoa.
8. Barangsiapa mengasingkan diri (bersuluk) dan tidak berkata-kata selama 40 hari melainkan hanya mengingati Allah S.W.T. akan dianugerahkan Nur Cahaya dalam hatinya.
9. Ajaran tarikat ini juga memerintahkan agar pengikutnya melakukan iktikaf di masjid selama 40 hari dengan syarat tidak boleh berkata-kata dan hendaklah memalingkan muka apabila melihat orang lain dan ketika iktikaf maka tidak boleh lagi keluar dari kawasan iktikaf walau apa pun terjadi seperti keluarga sakit mahupun mati.
10. Dalam tape rakaman yang bertajuk “Mengenal Diri” Oleh Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati, pernah menyebutkan kepada pengikutnya dengan mengatakan bahawa “ Kalau tak kenal guru, tak masuk syurga semasa di Padang Mahsyar kelak. Oleh itu, semua orang seharusnya mengamali dan mengikut ajaran ini sekiranya seseorang itu inginkan keselamatan dunia dan akhirat termasuk para alim Ulama’ yang ada pada hari ini.”
11. Guru menegaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada Nur Muhammad.
12. Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati dan pengikutnya percaya bahawa pengasas tarikat mereka yang bernama Ghulam Hasan Al-Bikangi telah diberikan sebuah kitab Al-Quran oleh Rasulullah sendiri pada tahun 1960 dalam keadaan sedar. Ia berlaku ketika Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi pergi menunaikan haji ke Mekah dan peristiwa ini berlaku ketika pengasas tarikat ini dijemput oleh Rasulullah masuk ke makam Baginda di Madinah. Lalu Baginda memberikan seutas tasbih, sebuah kitab Al-Quran dan wirid amalan sahaja yang dapat diwariskan kepada Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati sedangkan tasbih tersebut telah hilang kerana dilarikan oleh seekor kucing hitam semasa kematian pengasas Tarikat Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi meninggal dunia.
13. Dalam tape rakaman yang bertajuk “Pengembaraan ke Sabah”, Bahagian 1 ada memaparkan kisah Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati diminta oleh salah seorang pengikutnya yang bernama Abdul Halim yang ingin berdialog dengan abangnya yang telah meninggal dunia. Ketika itu, Abdul Halim dilihat telah memberikan nama abangnya dan lokasi pengkebumiannya kepada gurunya sambil dibantu oleh Haji Ibnu. Lalu Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati berkata bahawakeadaan roh abang kepada Abdul Halim dalam keadaan hitam dan tidak bercahaya kerana tidak ada Nur Cahaya kepada roh tersebut. Setelah itu, kelihatan Abdul Halim sedang berdialog dengan abangnya melalui perantaraan yang dipikul oleh Haji Ibnu dan Haji Abdul Rahim @ Rajin bin Mandul Hati.
14. Mereka juga memiliki sebuah potret yang menggambarkan wajah Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa Allah memerintahkan Baginda menyembelih Nabi Ismail A.S. dalam pada itu didapati wajah malaikat Jibrail sedang menurunkan wahyu kepada Baginda.
15. Mereka juga mempunyai sebuah gambar yang dilukis dengan water calour yang menunjukkan lambang rasmi ajarannya yang didakwa oleh gurunya diwariskan oleh pengasas ajaran tarikat. Lukisan tersebut memaparkan sebuah kitab Al-Quran, seutas tasbih, tulisan tarikat, bunga ros merah, putih dan sebuah Gua Madai sebagai Gua Hira’ Di Malaysia.
16. Mereka juga melakukan perbuatan Bida’ah Dhalalah, di mana ajaran mereka mensyariatkan boleh melakukan laungan azan seramai 4 orang di atas kubur.
17. Mereka juga. Mempercayai kubur-kubur yang mempunyai keramat, contohnya sebuah kubur yang dikatakan kubur Haji Ghulam Hasan Al-Bikangi yang mempunyai keramat yang bertaraf wali.

Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan tarikat ini.
(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan Tarikat Al-Hasaniah hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanalu Wata’ala.
Rujukan Pewartaan: Sel. P.U. 29.
Tarikh Pewartaan: 28 Ogos 2003



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Zamree Bin Ab. Wahab

Fatwa: Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Agama Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam jadual.

Jadual
(1) Ajaran Zamree bin Ab. Wahab adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati:
(a) Mendakwa boleh menunaikan Haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai Congkak, Hulu Langat sahaja;
(b) Mendakwa dirinya sebagai Rasulullah;
(c) Menukar nama pengikutnya dengan nama sahabat-sahabat bagi lelaki dan dengan nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita; dan
(d) Mengamalkan nikah batin dengan 6 orang termasuk pelajar dan seorang pegawainya.

Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang yang telah mengambil ijazah atau mengamalkan ajaran Zamree bin Ab. Wahab hendaklah segera bertaubat dan memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Rujukan Pewartaan: Sel. P.U. 16.
Tarikh Pewartaan: 30 Ogos 2001



Tajuk: Fatwa Tentang Tarikat Mufarridiah Ajaran syeikh Makmun Bin Yahya

Fatwa:
(1) Tarikat Mufarridiah yang diajar oleh Syeikh Makmun bin Yahya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Mufarridiah yang diajar oleh Syeikh Makmun bin Yahya di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkannya dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.49.
Tarikh Pewartaan: 23 November 1995



Tajuk: Pindaan Fatwa Tentang Fahaman Dan Ajaran Yang Dipegang Oleh Kumpulan Al-arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad
Fatwa:
A. Bahawa:
(a) Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan “ yang ditulis oleh ustaz Ashaari Muhammad; dan
(b) “Manaqib ( Riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah as Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha as-Suhaimi.
Didapati kedua-dua buku dan manaqib tersebut di atas mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Oleh yang demikian kedua-dua buku dan manaqib tersebut adalah diharamkan.
B. Bahawa kumpulan Darul Arqam atau al-Alqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam sekaligus menjawab tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi adalah diharamkan.
C. Bahawa pengharaman ini meliputi :
(a) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran yang tersbut dalam butiran (A) dan termasuklah apa-apa pegangan ideology atau falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penuaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah;
(b) apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam atau Al Arqam, termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran,glansar filem,iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberikan publisiti kepada terbitan tersebut, yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan pegangan di butiran (A);
(c) apa-apa terbitan ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa apa bentuk keluaran ulangannya; dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, pita rakaman atau rekod, walau bagaimanapun jua dibuat, daripada suatu imej berdasarkan penglihatan yang mana adaah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat untuk menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat yang mana dirakamkan rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di butiran (A).
D. Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran pegangan dan fahaman kumpulan Darul Arqam atau Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini.
Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Darul Arqam atau Al Arqam pada mana-mana harta alih atau tak alih.
E. Dan semua pihak dilarang memberikan kemudahan dan membantunya.
Rujukan Pewartaan; Sel.P.U.105.
Tarikh Pewartaan: 11 Ogos 1994



Tajuk: Fatwa Ilmu Salah

Fatwa:
Pusat Pengajaran
Pusat pengembaraan ajaran ilmu salah ini adalah di rumah Hj Khahar iaitu di No.44 Kg Kemensah Hulu Klang .Masa yang tetap bagi pengajian ialah tiap-tiap hari Jumaat.Pada hari itu pengikut pengikutnya berkumpul dan mengadakan pengajaran agama seperti membaca buku-buku tafsir atau mendengar ceramah –ceramah dari ketua-ketua kumpulan dan mengadakan perbincangan antara mereka.Aktiviti ini adalah sebagai ganti bagi mereka menunaikan kewajipan sembahyang Jumaat.
Penyebaran pengajaran yang dibawanya terbuka luasa kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan di peringkat ini dia mengajar dengan menggunakan sebuah buku yang dikarang oleh beliau sendiri yang bertajuk “AL-FURQAN PEMBEDA”
Karangan ini tiada mempunyai rujukan kepada mana-mana kitab yang muktabar dan adalah didapati isi-isi kandungan buku tersebut adalah bertentangan dengan kehendak Islam yang sebenar.
Pengakuan beliau sendiri dalam menyebarkan ilmu salah
Antara perkara-perkara yang disebarkan mengenai ilmu salah ini ialah :
1. Dia mengaku dirinya sebagai Rasul atau “ Utusan Allah ”. Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.
2. Dia mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan sepertimana dialami oleh Rasulullah S.A.W.
3. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia ”sembahyang” itu memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan dari perkara mungkar.
4. Dia tidak percayakan Al-Quran yang ada sekarang ini sebagai Al-Quran yang sebenarnya. Pada dia, Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja.Al-Quran yang sebenarnya berada di langit iaitu di Luh Mahfuz.
5. Dia tidak percayakan Hadith. Pada dia, Hadith yang ada sekarang ini hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah S.A.W.
6. Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke Mekah. Ibadah haji boleh dibuat di mana-mana sahaja di bumi Allah. Pada dia pergi ke Mekah dank e Arab Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah sahaja.
7. Dia mendakwa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama hari itu hari hujan, tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang kedua, paa hari panas tetapi tidak merasai panas.

Ajaran salah yang didapati dalam buku “AL-FURQAAN PEMBEDA’ yang dikarang oleh Tuan Hj.Khahar b Hj Ahmad Jalal.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Muka surat 12
“ Apakah itu Al-Quran?

Al-Quran adalah pengetahuan Allah yang diturunkan melalui Malaikat Jibrail kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki di antara hamba-hambanya”.

2. Muka surat 24
“ Apakah itu Rasul?

RASUL adalah penyampai ayat-ayatnya yang diturunkan kepada Nabi-nabi seperti menjelaskan ayat-ayatNya dengan terang.

Rasul adalah seorang lelaki di antara manusia dan jin. Rasul-rasul menjelaskan ayat-ayatNya serta Hikmah dan Kitab, “Rasul memimpin kaumnya daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan. Rasul tidak mengikuti yang lain kecuali wahyu daripada Allah. Rasul-rasul tidak membezakan di antara Rasul-rasul dan Nabi-nabi. Rasul menyuruh dengan menyembah Allah semata-mata. Dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa jua pun.

Rasul diutus oleh Allah ke setiap Negeri, setiap bangsa, setiap kaum, setiap golongan , setiap zaman.

Rasul diutus oleh Tuhan menyampaikan ayat-ayatNya di dalam bahasa kaumnya sendiri.”

3. Muka surat 27-28
“Hukum-Hukum Terhadap Rasul.”

5.2.(i) Perintah Surah
………………………………………………………………………………………………………………………………

* Menghadirkan diri terhadap Majlis Rasul.
* Merendahkan suara di hadapan Rasul
* Menjadikan Rasul sebagai pemimpin ummah
……………………………………………………………………………………………………………………………..

* Menerima Rasul sebagai perutusan daripada Allah.
* Membenarkan Rasul menerima Wahyu daripada Allah.
* Membenarkan Rasul-rasul sebagai menyempurnakan agama Allah(Islam) serta menyebarkan kepada umat dan kaumnya.
……………………………………………………………………………………………………………………………….

* Hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Rasul jika ada sesuatu urusan atau hal ketika berada di dalam Masjid Rasul.

4. Muka surat 29-30

5.3. Apakah itu Nabi

“ NABI menerima kitab daripada Allah iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran. Nabi adalah seorang manusia biasa yang diturubkan kepadanya sebuah kitab untuk seluruh manusia dan seluruh alam.

Nabi adalah orang yang mula-mula menerima pertunjuk atau Kitab Allah dan ada yang menjadi Rasul dan ada yang tidak menjadi Rasul.

Nabi boleh menjadi Rasul, tetapi Rasul tidak boleh menjadi Nabi. Nabi adalah contoh dan saksi bagi Rasul-rasul yang beriman ………………………….Nabi menjadi saksi kepada Rasul-rasul, sementara Rasul rasul menjadi saksi bagi kaumnya. Dan Allah menjadi saksi keseluruhannya.

5. Muka surat 31
Apakah itu Hadis?

“ Hadis adalah kisah seorang yang diceritakan oleh orang lain kepada seseorang, kemudian keterangan tersebut dicatatkan oleh orang lain. Umpamanya, kisah tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu cerita di atas cerita.

Keterangan tersebut bukannya wahyu daripada Allah yang datang dari sisi Allah. Ia adalah dari perkataan manusia biasa. Yang membuat keterangan tersebut ialah perawi-perawi tentang diri Nabi Muhammad s.a.w.. Perawi perawi itu bukanlah terdiri daripada Nabi-nabi atau Rasul-rasul yang dilantik oleh Allah.

Hadis bukanlah pengetahuan daripada Allah. Ia adalah mengikut pandangan atau pendengaran seseorang atau satu-satu kebenaran yang datangnya daripada sangkaan akal manusia. Ia bukanlah firman Allah.

Hadis-hadis tersebut adalah yang sebenarnya datang daripada sangkaan satu angan-angan kosong ahli-ahli kitab yang terdahulu. Ia bukanlah benar-benar kebenaran yang diyakini seperti Al-Quran atau kitab-kitan Allah. Hadis-hadis kebanyakannya membuat keterangan palsu terhadap Nabi Muhammad s.a.w.

6. Muka surat 33
“Begitu juga jika ditinjau dari semua sudut, hadis tersebut menimbulkan suatu kesempitan atau kesusahan bagi sesiapa yang mengikutinya.

Hadis-hadis juga mempunyai kaedah-kaedah yang sempit, fanatic, ortodok, ekstrim, radikal, hipokrit dan negatif.

Pengikut-pengikut Musa, Isa dan Muhammad telah tertipu dengan urusan agama mereka kerana mengikut sangkaan dan angan-angan kosong ahli kitab. Sesungguhnya yang memecah-belahkan agama itu terdiri daripada pengikut-pengikut Rasul. Mereka mengucapkan sesuatu yang mereke ketahui. Contohnya seperti Imam Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi.

Mereka sependapat di antara satu sama lain. Contoh lainya. Sewaktu menunaikan fardhu haji ke Mekkah Mazhab Syafie tidak bersesuaian di tempat tersebut. Mazhab ini lebih cenderung dan paling sesuai di Negara kita sekarang ini.

Sementara Mazhab Shafie pula menjadikan semua perkara sunat. Suatu perkara yang difardhukan. Bagi Imam Syafie pula, sebahagian daripada sebahagian adalah sunat (disunatkan ). Contohnya, mengambil wuduk amat bertentangan sekali di antara kedua-dua pendapat tersebut. Begitu juga ditinjau ibadat sembahyang, mempunyai pendapat berbeza. Contihnya, Imam Shafie mempunyai usali sedangkan Imam Maliki tidak dimulai dengan usali hanya dimulakan dengan takbiratulihram.”

7. Muka surat 35
“Beberapa contoh hadis iaitu berhala yang disembah oleh kebanyakkan manusia hari ini di antaranya hadis qudsi, hadis sahih, hadis mauduq, hadis Dhaif, kias dan ijmak ulamak. Sementara contoh ulamak yang menjadi ikutan hingga hari ini oleh kebanyakkan manusia ialah ulamak musafirin , ulamak kafirin dan ulamak musrikin. Dalam keadaan begitu lahirlah berbagai-bagai tarikat; di antaranya ijmak ulamak, ahli sunnah wal-jamaah, kadariah, jabariah, muktazilah, saman, ahmadiah, muhammadiah, nas syahbandi, syiah, tabligh, al-arqam, sunni dan taslim. Sementara kitab-kitab mereka terdiri daripada tauhid, fekah, tasawuf, tajul muluk, darul nafis, ya ulumuddin, kitab hikam dan berbagai-bagai lagi. Dan imam mereka pula ialah Shafie, Hanafi, Maliki, Hambali, khomenni, Mahdi, Bonjol dan Gulam Ahmad Quadian.”

8. Muka surat 45
“8.13 Tasbih dan doa kesyukuran sewaktu sampai di Baitulmakmur

“ SESUNGGUHNYA ALLAH, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.

9. Muka surat 52

“9.5(1) Istilah Solat

Istilah mendirikan solat disisi Allah ialah mengembalikan diri kepada Allah iaitu tunduk patuh terhadap kebenaran dan pertunjukNya serta perintah dan peraturan serta hukum-hukumNya untuk mengungatiNya.”

10. Muka surat 52
“9.5.(ii) Istilah Zakat

Iaitu melakukan apa-apa sahaja perkara yang baik pada diri sendiri dan terhadap orang lain kerana mencari keredaan Allah.”

11. Muka surat 54-55
“Sesungguhnya sembahyang itu amat berat bagi kamu kecuali orang orang yang khusyuk diantara kamu.

Jika ditinjau pada zaman ini, kebanyakkan manusia tidak lagi menyembah Allah sebagaimana Nabi-Nabi, Rasul-rasul dan orang yang beriman yang telah lalu menyembahNya.”

12. Muka surat 55
“Begitu juga pengikut yang besar Nabi Muhammad s.a.w. tidak lagi mengikut sebagaimana Baginda menyembah Allah serta beribadat kepadaNya. Perkara tersebut amat ketara pada zaman ini, boleh dikatakan jelas di merata dunia sekarang ini.”

13. Muka surat 56
“10.2 Istilah Kiblat ke Baitullah

IAITU ertikata menyerah diri kepada Allah dengan hati yang suci murni memasuki Agama Allah iaitu Islam.”

14. Muka surat 66
“10.29 Istilah telaga zam-zam
IAITU tentang akidah Tauhid, dasar Agama Allah. Orang-orang yang beriman tidak boleh menyekutukan Allah; rahmat dan rezeki serta petunjuk datang dariNya.”

“10.30 Istilah Iktikaf.
IAITU menghadirkan diri ke majlis Rasul-rasul bagi mendengarkan ayat-ayatNya yang dibacakan terhadap mereka, semoga hati mereka menjadi tunduk serta mendapat petunjuk.”

15. Muka surat 68
“KUMPULAN PANTUN DUA KERAT UNTUK RENUNGAN”

“Barang siapa mengikut Hadis, Mudah sahaja disesatkan iblis.
Sesiapa mengikut mazhab, Pasti ia ditimpa azab.
Sesiapa mengikut tarikat, Pasti terikat dengan sesat.
Sesiapa mengikut ijmak ulamak, Pasti terjebak dalam semak.
Sesiapa mengikut Al-Arqam, Pasti dirinya akan karam.
Sesiapa mengikut tabligh, Maka dirinya akan terbalik.
Sesiapa mengikut qias, Nanti harta dan bini kena rampas.
Sesiapa mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Ia menjadi pendusta dan bid’ah.

16. Muka surat 69.
"Sesiapa mengikut Imam Shafie, Pasti ia menganiaya diri.
Sesiapa mengikut Imam Hanafi, Pasti ia bersusah hati.
Sesiapa mengikut Imam Maliki, Jadilah ia seperti agama Yahudi.”

Senarai ajaran ilmu salah yang dibentangkan di atas bukanlah suatu senarai yang menyeluruh tetapi menyentuh beberapa contoh sahaja daripada “Al-Furqaan–Pembeda.”
Tarikh Pewartaan: 29 Ogos 1991



Tajuk: Fatwa Tentang Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol didapati
menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demi-kian,orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.

Antara ciri-ciri ajaran itu:
a. Sebelum seseorang murid diterima menjadi ahli, wajib mandi dengan air limau/bidara untuk membersihkan dosa.
b. Bersedekah dan menghormati guru adalah menjadi satu kewajipan bagi murid-muridnya. Di samping itu murid-murid digalakkan membuat kebajikan dan memberi bantuan kepada
guru.
c. Kitab Thabitul Qulub yang dijadikan kitab asas kepada tarikat berkenaan, didapati banyak yang bertentangan dengan pegangan umat Islam. Setiap orang yang belajar tarikat berkenaan diberikan buku tersebut dengan bayaran RM25.OO.
d. Wirid-wirid dalam tarikat ini dikumpul di dalam buku Baitul lbadah yang mengandungi zikir-zikir yang disusun berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran, selawat, istighfar dan doa.
e. Terdapat 26 adat kesopanan murid kepada guru. Antaranya tidak boleh murid berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati.
f. Jika seseorang mati ketika berulang-alik ke tempat belajarnya untuk mempelajari tarikat berkenaan maka Tuhan sendiri yang akan mencabutkan nyawanya itu.
g. Sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja (Sembahyang batin) atau boleh ditinggalkan semasa dalam kesibukan kemudian diqada’.
h. Nikah boleh dilakukan tanpa wali dan saksi (Nikah batin).
i. Sembahyang fardhu diabaikan atau ditinggalkan kerana cukup dengan niat di hati.
j. Orang-orang yang belum masuk tarikat ini dianggap belum sempurna Islam mereka. Mereka diajak untuk diIslamkan oleh guru atau wakil tarikat ini.
k. Jika sudah masuk tarikat ini tidak perlu lagi pengajian ilmu-ilmu syariat.
l. Ajaran-ajaran dalam tarikat ini dirahsiakan daripada bukan pengikut. Tarikat ini juga disebut sebagai Ilmu Sirr (Rahsia).
m. Murid mesti patuh sepenuhnya kepada guru zahir dan batin, jika guru menyatakan jodoh seseorang pengikut itu dengan seorang yang lain maka ia perlu dipatuhi.
n. Syeikh Ibrahim Bonjol guru tarikat ini mendakwa mempunyai “Mukjizat” iaitu dengan mengeluarkan air dari tangannya.
o. Pergaulan bebas antara bukan muhrim dibolehkan antara ahli jika dengan niat yang ikhlas.
p. Al-Quran dianggap sebagai sejarah sahaja.
Rujukan Pewartaan: Sel.P.U.9
Tarikh Pewartaan: 24 September 1998



Tajuk: Fatwa Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam

Fatwa: Di antara Kekeliruan dan Penyelewengan Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam.
i) Mendakwa bahawa ‘As-Sheikh Muhammad As-Suhaimi’ iaitu Guru Tarikat Muhammadiah ada memasuki Kaabah dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Rasulullah S.A.W. di dalam keadaan sedar dan jaga iaitu setelah ia bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. dan Baginda memerintahnya supaya berbuat demikian.
(ii) Menokok tambah ungkapan Syahadah yang memang jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh mengelirukan akidah Islamiah bagi orang awam seperti berikut:
(iii) Dikatakan Bahawa kepercayaan dengan kelahiran Al-Mahadi itu bukan dari akidah.
(iv) Disebutkan kepercayaan Al-Arqam tentang kematian As-SyeikhMuhammad As Suhaimi yang kononnya matinya itu pada zahir sahaja. Jasadnya yang dikebumikan di perkuburan Klang pada 21 Rejab, 1343 (1925 Masehi) ialah pada pandangan orang awam sahaja bukan jasadnya yang sebenar sebaliknya ia telah ghaib pada ketika itu dan akan lahir pada suatu masa nanti sebagai Imam Mahadi.
(v) Kepercayaan bahawa apabila diseru nama tertentu seperti yang tersebut di dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” akan mendapat pertolongan.

Fakta-fakta yang telah disebut dan lain-lain lagi fakta yang terdapat dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” yang tidak disebut di sini adalah berlawanan dengan Al-Quran dan hadis dan mengelirukan akidah Islam yang sebenar, maka Jawatankuasa Undang-undang Agama mengambil keputusan mengharamkan buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad dari dibaca, dipelajari, disimpan, dijual dan disebarkan.
Tarikh Pewartaan: 4 Feb 1993



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Ahmadiah/qadiani

Fatwa:
1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah
dihukumkan kafir oleh Ulama’-ulama’ Islam serata dunia.
2. Jabatan Agama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada
pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala
Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana
Kuala Lumpur di hadapan D.Y.M.M. Sultan Selangor serta beberapa
orang Alim Ulama’ di Negeri Selangor ini. Setiap orang yang telah
menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad (keluar dari
Agama Islam). Maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali
kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat.

Antara ciri-ciri ajaran itu ialah:
(a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa:
(i) Sebagai Nabi yang menerima wahyu.
(ii) Imam Mahdi.
(iii) Isa al-Masih.
(iv) Mempunyai mukjizat.
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya.
(vi) Malaikat sebagai pancaindena Tuhan.
(vii) Nabi Isa A.S. telah mati dan kuburnya di Srinagar.

(b) Ibadah haji di Qadian, India.
(c) Menafikan jihad.
(d) Mengubah ayat-ayat al-Quran.

Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut:
(a) “Invitation To Ahmadiyah” yang dikarang oleh Hazrat Hj. Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II)
(b) “Penawar Racun Fitnah terhadap Ahmadiyyah” yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.
(c) “Alam Sebagai Saksi” yang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hassan.
(d) “The Holy Quran With English Translation And Commentary” (Vol. II, Part I) yang dikarang oleh M. Mas’ud Ahmad.
Rujukan Pewartaan: Sel. P.U. 15
Tarikh Pewartaan: 24 September 1998



Tajuk: Fatwa Tentang Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.

Antara ciri-ciri ajaran itu:
a. Sebelum seseorang murid diterima menjadi ahli, wajib mandi dengan air limau/bidara untuk membersihkan dosa.
b. Bersedekah dan menghormati guru adalah menjadi satu kewajipan bagi murid-muridnya. Di samping itu murid-murid digalakkan membuat kebajikan dan memberi bantuan kepada guru.
c. Kitab Thabitul Qulub yang dijadikan kitab asas kepada tarikat berkenaan, didapati banyak yang bertentangan dengan pegangan umat Islam. Setiap orang yang belajar tarikat berkenaan diberikan buku tersebut dengan bayaran RM25.OO.
d. Wirid-wirid dalam tarikat ini dikumpul di dalam buku Baitul lbadah yang mengandungi zikir-zikir yang disusun berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran, selawat, istighfar dan doa.
e. Terdapat 26 adat kesopanan murid kepada guru. Antaranya tidak boleh murid berkahwin dengan isteri guru yang diceraikan atau ditinggalkan mati.
f. Jika seseorang mati ketika berulang-alik ke tempat belajarnya untuk mempelajari tarikat berkenaan maka Tuhan sendiri yang akan mencabutkan nyawanya itu.
g. Sembahyang boleh dilakukan dengan niat sahaja (Sembahyang batin) atau boleh ditinggalkan semasa dalam kesibukan kemudian diqada’.
h. Nikah boleh dilakukan tanpa wali dan saksi (Nikah batin.
i. Sembahyang fardhu diabaikan atau ditinggalkan kerana cukup dengan niat di hati.
j. Orang-orang yang belum masuk tarikat ini dianggap belum sempurna Islam mereka. Mereka diajak untuk diIslamkan oleh guru atau wakil tarikat ini.
k. Jika sudah masuk tarikat ini tidak perlu lagi pengajian ilmu-ilmu syariat.
l. Ajaran-ajaran dalam tarikat ini dirahsiakan daripada bukan pengikut. Tarikat ini juga disebut sebagai Ilmu Sirr (Rahsia).
m. Murid mesti patuh sepenuhnya kepada guru zahir dan batin, jika guru menyatakan jodoh seseorang pengikut itu dengan seorang yang lain maka ia perlu dipatuhi.
n. Syeikh Ibrahim Bonjol guru tarikat ini mendakwa mempunyai
“Mukjizat” iaitu dengan mengeluarkan air dari tangannya.
o. Pergaulan bebas antara bukan muhrim dibolehkan antara ahli jika dengan niat yang ikhlas.
p. Al-Quran dianggap sebagai sejarah sahaja.
Rujukan Pewartaan: Sel. P.U. 9
Tarikh Pewartaan: 4 September 1998



Tajuk: Fatwa Tentang Ajaran Tijah @ Khatijah Bt. Ali

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan Tijah @ Khatijah bt. Ali didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.

Antara ciri-ciri ajaran itu:
(a) Membawa ajaran Wahdatul Wujuh dan Martabat Tujuh.
(b) Menganggap ungkapan tokoh tasawuf sebagai hadis.
(c) Membawa konsep Nur Muhammad.
(d) Berzikir tidak sedarkan diri.
(e) Sesiapa yang menangis dalam solat dianggap syirik kerana yang wujud ialah Ahmad.
(f) Mendakwa roh serupa dengan manusia, berwarna putih tetapi tidak mempunyai rongga yang bernama Ahmad.
(g) Mengunakan kitab yang mengelirukan untuk pengajian.
(h) Menambah Saidatina Fatimah bt. Rasulullah dalam Dua Kalimah Syahadah.
(i) Mendakwa rahsia manusia di antara huruf Alif dan Ya.
(j) Menghuraikan pecahan kalimah Lailahaillallah.
(k) Memberi tafsiran mengelirukan mengenal Israk dan Mikraj.
(l) Menyatukan watak Allah, Malaikat, Adam dan Iblis sebagai Allah mengikut keadaan.
Rujukan Pewartaan: Sel. P.U. 8.
Tarikh Pewartaan: 24 September 1998

-------------------------------------------------------------------------------------

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak
=====================================================================================

Tajuk: Pengharaman Mengenai Ajaran Azhar Bin Wahab (pengasas Al-mansor Holding Sdn. Bhd.)

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4) Enekmen itu pada 19 Muharram 1425 bersamaan dengan 11 Mac 2004,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).
Fatwa: Bahawa
1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat.
Rujukan Pewartaan: No: 1084 Jld:57
Tarikh Pewartaan: 29 Julai 2004
Keterangan:

PENGHARAMAN AJARAN AZHAR BIN WAHAB (PENGASAS AL-MANSUR HOLDING SDN. BHD.)

1. LATAR BELAKANG
1.1. Azhar bin Wahab mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan dan tidak menerima pendidikan agama secara formal. Mendapat pendidikan awal di kampungnya di Sekolah Kebangsaan Kuala Sidim, Kulim, Kedah, kemudian menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Padang Serai, Kulim, Kedah hingga ke tingkatan tiga sahaja. Selepas memperolehi Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Azhar bin Wahab bekerja mengambil upah mengait buah kelapa sawit di Ladang Kelapa Sawit Padang Buloh, Kuala Sidim.
1.2. Azhar kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pemandu kepada seorang Pegawai Eksekutif di Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Beliau bekerja pula sebagai penjual kereta terpakai selepas berhenti jadi pemandu. Semasa itulah beliau mengenali Ustaz Hanapi, seorang bekas orang kuat Al-Arqam. Beliau mendakwa mengetahui amalan ilmu urut tradisional dan diamalkan secara bersendirian dan juga kepada ahli Al-Arqam. Semasa itulah bermulanya usaha beliau untuk mempengaruhi bekas ahli Al-Arqam dan berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri hinggalah ke hari ini.
1.3. Ia dipanggil ‘Ayah’ oleh pengikut (kakitangannya) dan ‘Tok Wan’ oleh anak kakitangan tanpa mengira tua atau muda. Selepas itu digelar sebagai ‘Tuan’, ‘Yang Amat Mulia’, ‘Yang Berhormat Mulia’ dan akhir sekali sebagai ‘Yang Teramat Mulia Ayahanda Raja’.
1.4. Gelararan terakhir yang digunakan beliau ialah setelah mendapat pengesahan daripada Pertubuhan Kerabat Raja Jembal. Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah JAKIM telah dimaklumkan oleh pertubuhan tersebut dalam pertemuan pada 11 Januari 2003 di Kota Bharu, Kelantan bahawa mereka telah meneliti dan mengesahkan mengenainya.
1.5. Azhar bin Wahab menjadi guru kepada pengikutnya dengan dibantu oleh pengikut-pengikut utamanya seperti Ahmad bin Meh dan Haji Ilias bin Yusuf. Mereka merupakan perancang utama dalam meneruskan usaha serta cita-cita Azhar melalui pelbagai dakwaan serta mencetus segala ketaksuban yang berlaku di kalangan ahli.

2. KUMPULAN AL MANSUR HOLDING

2.1. Kumpulan Al Mansur muncul selepas Al-Arqam dibubarkan. Kebanyakan ahli-ahli Al Mansur adalah terdiri dari bekas ahli Al-Arqam. Begitu juga pemimpin kanan mereka adalah bekas pemimpin kanan Al-Arqam.
2.2. Perkataan ‘Al Mansur’ bermaksud yang dibantu atau yang ditolong. Ini bersesuaian dengan konsep penubuhannya iaitu untuk menjadi pemangkin bagi melahirkan bangsa Melayu peneraju ekonomi dunia dengan berpegang pada prinsip ‘Bersatu Maju Bersama’.
2.3. Kumpulan yang diasaskan oleh Azhar bin Wahab pada tahun 1998 ini, menjalankan aktiviti perniagaan dan didaftarkan sebagai sebuah syarikat iaitu ‘Al Mansur Holdings Sdn. Bhd.’. Nombor pendaftaran syarikat (Co. No. 523446-u) beralamat di No.19, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Aman Jaya, 08000, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

2.4. Al Mansur Holdings Sdn. Bhd. mempunyai 30 buah kumpulan anak syarikat di seluruh negara. Hanya beberapa rangkaian sahaja yang aktif manakala bakinya hanya atas namanya sahaja untuk mengaburi mata masyarakat atau sebagai pelindung kepada aktiviti-aktiviti utama yang boleh mengumpul dana yang banyak. Antara aktiviti perniagaan yang aktif ialah urutan refleksi dan ubat-ubatan herba tradisional. Di samping itu, ia menggunakan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Al Mansur yang masih di bawah umur bagi menjual kalendar, cenderamata dan seumpamanya beserta memungut derma atas nama anak yatim.



3. ISU

3.1 Isu Ajaran Azhar bin Wahab timbul dalam masyarakat apabila kumpulan Al Mansur, melakanakan beberapa aktiviti yang didapati bercanggah dengan ajaran Islam dan sebagai pengganti kepada gerakan kumpulan Al-Arqam yang telah diharamkan.

3.2 Dalam pada itu, hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ada tanda-tanda bahawa kumpulan ini mengamalkan ajaran ‘Aurad Muhammadiah’ pegangan Al-Arqam satu ketika dulu di samping beberapa penambahan lain yang boleh membawa kepada kerosakan akidah.
3.3 JAKIM telah mengadakan pertemuan khas dengan pihak pengurusan Al Mansur pada 15 November 2002 di Putrajaya. Selain itu, beberapa siri perbincangan telah diadakan dengan bekas-bekas ahli kumpulan al Mansur di Putrajaya, Selangor dan Kedah.


4. CIRI-CIRI AJARAN AZHAR BIN WAHAB

4.1. Dari Segi Akidah

4.1.1. mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah (Pengakuan semasa perjumpaan dengan Ketua Pengarah JAKIM pada 15 November 2002);

4.1.2 menggunakan ‘Tawassul’ iaitu berdoa sebelum melakukan urut refleksi dengan berkata ‘Ya Allah, dengan berkat dan karamah Guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit pulan si-pulan……;

4.1.3 mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta didampingi oleh ‘Pak Syeikh’ atau wali Allah. Azhar bin Wahab pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara;

4.1.4 berbai’ah akan mengikut segala arahan guru dan merahsiakannya dari orang ramai, sesiapa yang belot atau keluar hidupnya tidak selamat.

4.1.5 memakan ais sebagai satu syarat mendapatkan karamah dari guru. Memakan ais ini symbol kepada amalan pertapaan bagi mendapat ilmu perbomohan;

4.1.6 mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib;

4.1.7 mempunyai Masjid jin di Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubung di Sarawak;

4.1.8 mengetahui pergerakan orang yang mengintip setiap aktivitinya;

4.1.9 mempunyai pengawal dari golongan jin;

menangis di hadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat oleh pengikutnya;

4.1.10 percaya dengan khurafat seperti ;
i. semasa perarakan untuk melantik beliau sebagai Nadi Khalifah Seni Silat mempertahankan diri Al Mansur, seekor gajah telah menarik tangannya. Beliau amat percaya dengan telahan di kalangan ahli perarakan bahawa gajah tersebut meminta beliau menaiki belakangnya kerana beliau berketurunan ‘raja’.

ii. tabib dan tabibah diarah menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu;

iii. menggunakan setanggi untuk diasapkan dan setiap Pusat Rawatan sebelum memulakan perniagaan urut refleksi di samping itu memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Nabi Khaidir dan Azhar sendiri. Amalan ini dilakukan setiap hari sebelum memulakan atau membuka perniagaan;

5.2. Dari Segi Syariat

5.2.1. mana-mana ahli yang didapati bersalah dan jika dapat dikesan oleh Azhar, maka ahli berkenaan akan dikenakan ‘dam’ sama ada dalam bentuk wang atau harta benda;

5.2.2. solat waktu sentiasa dijamakkan;

5.2.3. menyampaikan perjuangan agama seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. dan mendakwa penubuhan syarikatnya juga adalah seperti yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. iaitu berniaga untuk mengembangkan Islam;

5.2.4. apa sahaja yang dibawa oleh Azhar bin Wahab adalah benar belaka dan tidak boleh dipertikaikan segala keputusan dan arahannya;

5.2.5. Azhar bin Wahab selalu tidak sembahyang Jumaat;

5.3. Dari Segi Akhlak

5.3.1. memulakan ucapan dengan bersumpah memegang Al Quran. Ini dilakukan oleh Azhar bin Wahab dan pengikut kanannya Hj. Ilias bin Hj. Yusuf (di majlis pertemuan dengan Ketua Pengarah pada 15 November 2002 lalu);
5.3.2. boleh memberi Barakah dan Syafa’at kepada anak muridnya;

5.3.3. ada keberkatan kerana boleh menarik duit para pelanggan dan mereka akan mengeluarkan sebanyak mana wang yang mereka ada;


5.3.4. memberitahu pengikutnya bahawa dirinya boleh dilihat manusia sebagai berpakaian biasa tetapi sebenarnya beliau berjubah serba putih, berserban, bermisai dan berjanggut seperti Wali Allah;

5.3.5. boleh ke mana-mana dengan serta merta termasuk ke China dan Mekah;

5.3.6. mengugut ahli agar jangan derhaka kepadanya nanti tidak mendapat karamah; dan

5.3.7. mewajibkan ahli agar tidak bercampur gaul dengan masyarakat;

6. UNSUR-UNSUR PENYELEWENGAN AJARAN AZHAR BIN WAHAB;
HUJAH DAN ULASAN

6.1. Dari Segi Akidah

6.1.1. Tahdhir Arwah;

Azhar mengamalkan konsep ini dengan mendakwa beliau didampingi pak sheikh dan rohnya bersama wali Songo;

Ulasan

Mengikut Sheikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi dalam kitabnya ‘Fatawa’ muka surat 230 – 231 bermaksud;

Konsep ‘tahdhir arwah’ adalah diharamkan oleh syara’. Syeikh Mutawalli Syaarawi ketika ditanya mengenai Tahdhir Arwah dan berubat dengan menggunakan roh, beliau berkata: “Apakah yang boleh memberitahu kepada mereka bahawa yang hadir itu adalah roh? Adakah mereka mengenali roh sehingga apabila ia datang, mereka boleh berkata inilah roh yang kami kenal. Yang mungkin mereka kata ialah; sesungguhnya mereka menghadirkan kekuatan yang tersembunyi tetapi bukan roh. Itu semua tidak dapat diterima dan orang yang berkata sesungguhnya ia menghadirkan roh mengikut Quran, maka orang itu adalah pembohong dan penipu, yang mereka hadirkan itu adalah jin.

6.1.2. Aurad Muhammadiah
Azhar bin Wahab juga mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah dan mendakwa sebagai lakonan dengan tujuan menarik bekas-bekas pengikut Al Arqam. Oleh itu sama ada ia bermaksud sebagai lakonan namun ianya tetap tidak dibolehkan syarak.

Ulasan:
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang diadakan pada 5 Ogos 1994, telah mengharamkan Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh Al-Arqam. Pada masa yang sama turut diwartakan juga oleh seluruh negeri-negeri.

6.1.3. Menggunakan Tawassul
Azhar bin Wahab telah mengangkat dirinya sendiri sebagai seorang yang hebat, seolah-olah ia tergolong sebagai wali dan orang-orang soleh. Oleh itu beliau meminta supaya pengikutnya menggunakan dirinya sebagai Tawassul kepada Allah. Banyak bukti yang mendapati bahawa beliau sendiri sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’; seperti meninggalkan sembahyang Jumaat, memakai seluar pendek, berbohong kepada pengikut serta mendakwa perkara yang bukan-bukan dan bertentangan dengan syara’.

Ulasan:
Bertawassul dengan zat atau peribadi seseorang sama ada Rasul, Nabi atau Wali, adalah di antara cara bertawassul yang tidak disyariatkan kerana tidak pernah diperintahkan oleh Allah ataupun disampaikan oleh Rasulnya. Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam surah az-Zumar, ayat 3;

الا لله الدين الخالص والذين اتخذوا من دونه اولياء ما نعبدهم الا ليقربو نا الى الله زلفى ان الله يحكم بينهم فى ما هم فيه يختلفون ان الله لا يهدى من هو كاذب كفار .


Maksudnya:
“Ingatlah (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pemimpin dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik)”

6.1.4. Berbai’ah
i. Setiap ahli baru dikehendaki berbai’ah terlebih dahulu dan tempatnya tidak ditentukan. Mungkin di rumah, di pejabat atau di mana-mana sahaja yang dirasakan sesuai. Bai’ah pula tidak terikat kepada kaedah tertentu.
ii. Jika seorang atau dua ahli, cara memegang tangan akan digunakan. Sekiranya ramai, kain akan digunakan untuk melingkungi mereka dengan tujuan dapat dipegang oleh semua, seolah-olah dalam bulatan. Upacara ini diketuai sama ada oleh Hj. Illias atau Ustaz Hanapi dengan diperhatikan oleh Azhar bin Wahab.
iii. Semasa berba’iah para ahli akan diminta melafazkan ayat-ayat berikut iaitu, ‘Saya (……………….nama…………) dengan ini mengaku akan memberi taat setia kepada jamaah di bawah pimpinan Sayyidi Sheikh Syed Muhammad Amin Al – Mansur Al Hallaj, Nabi Khidir dan Nabi Muhammad dan berjanji akan taat setia tidak berbelah bagi ………………..’
iv. Majlis berbai’ah yang diadakan akan diketuai oleh Ustaz Hanapi atau Hj. Illias yang dilantik sebagai ketua majlis dengan memegang sebilah keris kecil. Antara bacaan yang perlu dibaca ialah;

a. Al Fatihah
b. Membaca;لقد جاءكم ......الخ
c. Membaca; لا اله الا انت سبحانك انى كنت من الظالمين
d. Selawat ke atas Nabi
e. Membaca سبحان الله والحمد لله و لا اله الا الله والله اكبر
f. Membaca sebanyak 3 kali استغفر الله العظيم

v. Keris kecil 4 inci akan digunakan dalam pengijazahan. Di samping itu, ahli diminta memakan ais sebanyak sekilo seorang dan diminta berjanji membuat penyerahan nyawa secara total, harta dan apa sahaja yang ada kepada Azhar bin Wahab.

Ulasan
Sikap taksub kepada guru adalah salah satu dari gejala melampau. Sikap melampau adalah bertentangan dengan sikap adil dan sederhana yang dituntut dalam Islam seperti Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143:

وكذلك جعلناكم امة وسطا لتكونوا شهداء على الناس و يكون الرسول عليكم شهيدا
Maksudnya:

“Dan demikianlah (sebagaimana telah kami memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”.

Di samping itu, sikap taksub kepada guru ini juga mengundang bahaya kerana seolah-olah menjadikan diri guru sebagai Nabi yang maksum dan perkataannya seperti firman yang diturunkan yang menyebabkan guru dianggap benar dalam apa hal sekalipun. Hal ini sama dengan apa yang berlaku dalam Al-Arqam. Telah ijmak ulama ‘salaf dan khalaf bahawa semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Nabi.

6.1.5. Khurafat
Beberapa amalan dalam Ajaran Azhar bin Wahab adalah mengandungi unsure-unsur Bid’ah dan Khurafat seperti menangis di hadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat oleh mereka, mengadakan memakan ais sebagai syarat karamah, dan menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.

Ulasan
Khurafat adalah cerita sama ada rekaan atau khayalan dan sebagainya yang menyimpang dari ajaran Islam. Islam sangat menitik beratkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan sumber yang asal seperti al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak oleh Islam. Dalam Islam, kepercayaan kepada benda-benda khurafat ini adalah syirik dan boleh merosakkan akidah umatnya. Alam ghaib hanya Allah sahaja yang tahu dan tindakan sedemikian seolah-olah menyaingi kuasa Allah dan ia bertentangan sama sekali dengan akidah Islam. Berdasarkan buku ‘Fatwa al Akidah’ oleh Sheikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin, halaman 375 menyatakan;

“Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib sesungguhnya dia telah kufur kerana mendustakan Allah Taala. Allah memirintahkan Nabi Muhammad memberitahu bahawa baginda tidak tahu perkara-perkara ghaib melainkan Allah. Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara ghaib sesungguhnya dia telah mendustakan Allah Taala”.

6.2. Dari Segi Syariat
6.2.1. Dam
Dam hanyalah berlaku semasa mengerjakan haji sahaja. Ini seolah-olah telah mereka-reka syariat baru iaitu membayar dam disebabkan satu kesalahan.

6.2.2. Solat Jamak
Solat Jamak hanya boleh dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja seperti musafir dengan niat Ibadat. Ianya merupakan rukhsah khusus dalam keadaan tertentu sahaja. Amalan Solat Jamak secara berterusan ini adalah merupakan amalan orang-orang Syiah.

6.3. Dari Segi Akhlak
6.3.1. Memberi Barakah dan Syafa’at
Barakah hanya boleh diberi oleh Allah S.W.T. sahaja, bukan manusia. Azhar menunjukkan dan membesarkan dirinya dan mengagungkannya hingga ke tahap dia boleh memberi berkat. Ini bertentangan dengan roh Islam, sedangkan sahabat dan ulama terdahulu, tidak pernah mendakwa sedemikian. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 255;

الله لا اله الا هو الحى القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم له ما فى السما وات وما فى الأرض من ذا الذى يشفع عنده الا باذنه يعلم ما بين ايديهم وما خلفهم و لايحيطون بشيئ من علمه الا بما شاء وسع كرسيه السماوات والارض و لا يؤده حفظهما وهو العلى العظيم
Maksudnya;
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya) yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakinya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

7. KEPUTUSAN MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN
7.1 Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam telah membuat keputusan berikut :-
1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar ; dan
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan Ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.

8. PERAKUAN JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK
8.1 Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 bersetuju memperakui keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi hal Ehwal Islam seperti para 7.



Tajuk: Kedudukan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1)Enekmen pentadbiran Agama Islam 1992(En.2/92) dan dibaca bersama seksyen37.
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2002 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Fatwa: “ Bersama ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.”

No. 474 Berhubung dengan pemberitahuan No. 316 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak pada 8 mei 2003 gantikan Jadual dengan Jadual berikut :

“ Bahawa ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit adalah sesat dan terkeluar dari ajaran islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.”

Rujukan Pewartaan: 316 No:474
Tarikh Pewartaan: 27 Mac 2003

Keterangan

CIRI – CIRI AJARAN HASAN BIN JONIT

1. Bertemu Dengan Allah
Beliau ( Hassan Bin Jonit ) mendakwa telah bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Walaubagaimanapun beliau tiada mencipta ataupun menulis kitab hasil pertemuan dengan Allah berbanding dengan pertemuan beliau dengan Rasulullah melalui Ilmu Hakikat Roh.

2. Bertemu Nabi Muhammad
Hassan Bin Jonit mengakui bahawa ia bertemu dengan roh Nabi Muhammad melalui Ilmu Hakikat Roh, beliau mendakwa bahawa masa bertemu ialah ketika mengangkat nafas atau dengan istilah ( Tanaffus ). Oleh yang demikian setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatat tarikh pertemuan tersebut di dalam setiap pertemuan, pertemuan itu dinamakan perkhabaran. Hasil daripada setiap pertemuan itu telah dibukukan dan dijadikan sebanyak 24 bab. Hassan juga mendakwa kitab hasil pertemuan ini dengan dengan Nabi Muhammad melalui Hakikat Roh adalah Hadis Qudsi.

3. Boleh Tafsir Mimpi
Hassan Bin Jonit telah memperkenalkan kepada pengikutnya mengenai keupayaan beliau mentadbir mimpi. Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di Markaz, mana – mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di Markaz tersebut, pada waktu pagi selepas solat Subuh mereka akan memperkatakan mimpi masing – masing kepada Hassan untuk ditafsirkan mimpi tersebut. Segala tafsiran mimpi tersebut dijadikan panduan dan sampai satu peringkat dijadikan sumber hukum.

4. Dahi Hitam Tanda Bela Jin
Pada kebiasaannya seseorang yang rajin sembahyang kita dapat melihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam , ini adalah disebabkan daripada melakukan sujud. Mengikut Hassan bagi orang – orang yang ada mempunyai kesan sujud tersebut adalah orang – orang yang ada membela jin.

5. Solat Pejam Mata
Mengikut penjelasan Hassan kepada pengikutnya bahawa bagi orang – orang yang hendak mengerjakan solat hendaklah menutup mata iaitu samada solat sunat atau solat fardhu, beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah S.W.T. seseorang yang mengerjakan solat itu dalam keadaan mata terbuka. Beliau juga mendakwa bagi orang – orang yang solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

6. Menolak Hari Akhirat
Beliau semasa menyampaikan ajaran kepada pengikut-pengikutnya ada menyatakan bahawa Hari Akhirat tidak wujud. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang telah di jelaskan dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh ulama’ – ulama’, ilmu kalam ataupun syariat agama islam adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu beliau telah meminta kepada semua pengikut menolak adanya Hari Akhirat.

7. Mandi Wajib Dengan Celup Jari
Menurut Hassan mengikut Ilmu Hakikat tidak perlu meratakan air keseluruh anggota badan bagi seseorang yang hendak mandi wajib, hanya cukup dengan mencelup jari kita di dalam air, beserta niat maka sempurnalah mandi wajib tersebut.

8. Dilarang Berdoa Untuk Orang Lain
Di antara ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikut-pengikutnya mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain.

9. Wakil Guru Dari Luh Mahfuz
Hassan bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Loh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang – orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat.

10. Wakil Guru Seluruh Dunia
Selain dari mengakui beliau sebagai ‘Wakil Guru Dari luh Mahfuz’ Hassan juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kepada beliau. Segala ilmu Nabi Muhammad juga diberikan kepada beliau sahaja di dalam dunia.

11. Mencabar Pihak Berkuasa Agama
Untuk menegakkan kebenaran ajaran beliau, beliau mencabar Pihak berkuasa Agama dengan mendakwa sekiranya Pihak Berkuasa Agama menngambil tindakan terhadapnya beliau akan menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana – mana pegawai agama yang mengambil tindakan terhadap beliau. Beliau juga mendakwa bahawa semua ilmu yang ada pada beliau telah mendapat kepujian daripada Allah S.W.T.

-------------------------------------------------------------------------------------

Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu
=====================================================================================


Tajuk: Pengharaman Kumpulan al Arqam Dan Bukunya

Pegangan kumpulan Al Arqam kepada kedua-dua bukunya yang berjudul "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan" dan "Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi" adalah menyimpang dari ajaran Islam.

Fatwa:
BAHAWASANYA menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.

OLEH YANG DEMIKIAN, PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :

1. BAHAWASANYA-
(1) buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz HJ. ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungan yang mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Aqidah dan Syariah Islamiah serta mengeliru dan boleh menyesatkan masyarakat Islam ; dan
(2) “Manaqib (riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa, adalah diharamkan.

2. BAHAWASANYA Kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi adalah diharamkan.


3. BAHAWASANYA pengharaman ini meliputi -
(1) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di perenggan 1 di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah:
(2) apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambar-foto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di perenggan 1 di atas ; dan
(3) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan, bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fonografi, pita-pita rakaman, dan cakera laser, dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di perenggan 1 di atas.

OLEH YANG DEMIKIAN –
(a) orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan-kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini;
(b) orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen ; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih; dan
(c) semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya.
Rujukan Pewartaan: No. 1141.
Tarikh Pewartaan: 18 Ogos 1994



Tajuk: Ajaran Ayah Pin

Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.

Fatwa:
Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.

Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :

1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.
Rujukan Pewartaan: No. 1461.
Tarikh Pewartaan: 4 Disember 1997
Keterangan
Antaranya:
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.

-------------------------------------------------------------------------------------


Jawatankuasa Fatwa Negeri Pahang
=====================================================================================

Tajuk: Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam

Fatwa: Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 38 (3) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dengan ini mengisytiharkan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Syariah bahawa buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” karangan Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad yang diterbitkan oleh Penerangan Al-Arqam adalah bercanggah dengan syariat Islam dan dengan yang demikian buku tersebut adalah dengan ini diharamkan daripada dicetak, diterbitkan, dijual, dipamerkan sama ada untuk dijual atau dipertunjukkan percuma dengan apa cara jua pun, disebarkan dan dibahagi-bahagikan dan juga daripada berada dalam kawalan, simpanan atau milik seseorang.
Mana-mana orang yang melanggar fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman seperti diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen 164 dan 165 Enakmen tersebut.

Rujukan Pewartaan: 8 Tahun 1982
Tarikh Pewartaan: 18 Ogos 1988



Tajuk: Kitab Yang Bertajuk “kasyf Al-asrar

Kitab yang bertajuk “Kasyf Al-Asrar” terjemahan Muhammad Saleh bin Abdullah Mengkabui, cetakan Al-Ahmadiyah Press, Singapura adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
Fatwa:
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

A. Bahawa kitab yang bertajuk “Kasyf Al-Asrar” terjemahan Muhammad Saleh bin Abdullah Mengkabui, cetakan Al-Ahmadiyah Press, Singapura adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
B. Bahawa orang atau orang-oang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Kasyf Al-Asar” adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
C. Oleh yang demikian:-
(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Kasyf Al-Asrar” adalah menyeleweng;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang;
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Kasyf Al-Asrar”;
(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab “Kasyf Al-Asrar” atau mana-mana bahagiannya, termasuk:
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab “Kasyf Al-Asrar”, pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa jua media;
(c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab “Kasyf Al-Asrar”;
(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Kasyf Al-Asrar”.
Rujukan Pewartaan: 197
Tarikh Pewartaan: 6 Mei 1999



Tajuk: Kitab Yang Bertajuk “rahsia Mengenal Diri

Kitab yang bertajuk “Rahsia Mengenal Diri” karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangandengan aqidah, syariah dan akhlak Islam

Fatwa:
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri Pahang di bawah subsekyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39(6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:
A. Bahawa kitab yang bertajuk “Rahsia Mengenal Diri” karangan Ustaz Hal Azwan adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangandengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
B. Bahawa orang atau orang-orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Rahsia Mengenal Diri” adalah sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam.
C. Oleh yang demikian:-
(1) mana-mana orang atau orang-orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Rahsia Mengenal Diri” adalah menyeleweng dan boleh membawah kepada murtad;
(2) mana-mana orang islam adalah dilarang;
(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Rahsia Mengenal Diri”;
(b) mencetak, menerbit, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan kitab “Rahsia Mengenal Diri” atau mana-mana bahagiannya, termasuk:
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa jua bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada kitab “Rahsia Mengenal Diri”
pada apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau media elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa jua media;
(c) mengembangkan ajaran-ajaran kitab “Rahsia Mengenal Diri”;
(d) menjalankan sebarang kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran, penyebaran atau membantu ke arah penyebaran ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam kitab “Rahsia Mengenal Diri”.
Rujukan Pewartaan: 196
Tarikh Pewartaan: 6 Mei 1999



Tajuk: Buku “aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” Dan Buku “manaqib (riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi”

Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad
Fatwa:
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

PENGUBAHSUAIAN FATWA DI BAWAH SEKSYEN 38

Pengubahsuaian yang berikut terhadap fatwa yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Pahang pada 18 haribulan Ogos 1988 yang dibuat oleh Mufti Pahang atas kelulusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 38 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 adalah disiarkan menurut subseksyen 36 (2) Enakmen itu:

A. Bahawa:
(i) Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz Haji Ashaari Muhammad dan isi kandungannya; dan
(ii) “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahawa dan isi kandungannya adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.

B. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi” adalah diharamkan.

C. Bahawa pengharaman ini meliputi:
(i) Apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di (A) di atas dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuan ialah pencapaian pengajaran kebatinan iaitu suatu pegangan ideology, falsalah atau kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariah Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah.
(ii) Apa-apa bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan ertinya aoa-apa bahan termasuk suatu gambar, gambar foto, logo, poster, rajah, surat edaran, glanser filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberikan publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.
(iii) Apa-apa terbitan ertinya buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain samada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat dari suatu imej berdasarkan penglihatan yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunkan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak, rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, cakera padat yang mana dirakamkan rakaman suara manuasia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas. Oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup atau mengembangkan kumpulan ini,

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen : menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih, dan semua pihak dilarang daripada memberikan apa jua kemudahan dan bantuan dalam menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini.
Rujukan Pewartaan: 952
Tarikh Pewartaan: 22 September 1994



Tajuk: Buku Bertajuk “aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam”

Buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” karangan Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad.
Fatwa:
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982 (Enakmen No. 8 Tahun 1982)


FATWA DI BAWAH SEKSYEN 38 (3)

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 38 (3) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dengan ini mengisytiharkan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Syariah bahawa buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam” karangan Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad yang diterbitkan oleh Penerangan Al-Arqam adalah bercanggah dengan syariat Islam dan dengan yang demikian buku tersebut adalah dengan ini diharamkan daripada dicetak, diterbitkan, dijual, dipamerkan sama ada untuk dijual atau dipertunjukkan percuma dengan apa cara jua pun, disebarkan dan dibahagi-bahagikan dan juga daripada berada dalam kawalan, simpanan atau milik seseorang.

Mana-mana orang yang melanggar fatwa ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman seperti diperuntukkan dibawah seksyen-seksyen 164 dan 165 Enakmen tersebut.
Rujukan Pewartaan: 626
Tarikh Pewartaan: 18 Ogos 1988

-------------------------------------------------------------------------------------


Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan
=====================================================================================


Tajuk: Ajaran Pak Chu Bahrin

Fatwa
1. Mana –mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah berikut :
a) Qamar Al-Huda
b) Nukilan Ahli Sufi Allahu Akbar Encik Bahrin bin Salleh
c) Risalah Kesufian – Anjuran Baharin Salleh
d) Sebaik-baik makrifah yang dipertunjukkan bagi ahli.


(selepas ini disebut secara kolektif sebagai “buku-buku dan risalah tersebut”) adalah menyalahi akidah Islam dan menyesatkan.
Tarikh Pewartaan: 20 Jun 1996



Tajuk: Ajaran Sesat

Fatwa
1. Risalah "Tiang Ugama"(risalah tersebut) adalah menyalahi akidah Islam.
2. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang:-
a) mengajar, mempelajari, mengamal, menyebar atau berpegang kepada ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam risalah tersebut.
b) Memiliki, mencetak, menerbitkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan dengan apa cara jua risalah tersebut termasuklah dalam:-
i) apa-apa versi atau variasinya ;
ii) apa-apa terjemahannya kepada mana-mana bahasa ;
iii) apa-apa bahan publisiti atau media ;
iv) apa-apa bentuk termasuklah melalui bahan cetak atau elektronik atau selainnya.
3. Mana-mana orang adalah dilarang membantu dengan apa cara jua orang atau kumpulan orang yang disebut di perenggan 2.
Tarikh Pewartaan: 4 November 1999



Tajuk: Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enkmen Pentadbiran hukum Syarak (Nsegeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syarah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak(Negeri Sembilan) 1991, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, fatwa berikut :
Fatwa:
1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dari segi ‘aqidah, syariah dan akhlak.
2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran
apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah dilarang.
3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah dilarang.
Rujukan Pewartaan: N.S.P.U.5.
Tarikh Pewartaan: 27 Feb 1998

-------------------------------------------------------------------------------------

Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka

=====================================================================================

Tajuk: Tariqat Zikrullah Hasan Anak Rimau Dan Ayah Pin

Fatwa
1. Adalah ditetapkan bahawa ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Ayah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Ayah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 6
Tarikh Pewartaan: 12 Julai 2001



Tajuk: Kumpulan Al-arqam Dan Aurad Muhammadiah

Fatwa:
A. Bahawa buku yang bertajuk -
(i) “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad dan isi kandungannya; dan
(ii) “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta mengelirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam dan dengan yang demikian adalah diharamkan.
B. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ al Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi adalah diharamkan.
C. Bahawa pengharaman ini meliputi:
(i) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;
(ii) apa-apa jua bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;
(iii) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak, rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman dan cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.

Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkannya filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 13
Tarikh Pewartaan: 11 Ogos 1994



Tajuk: Wajib Berpegang Dengan 'aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah
(ke Arah Membendung Pengaruh Syi'ah)


Fatwa:
1. Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Melaka hendaklah mengikut Undang-Undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak;
2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang;
3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dalam dan dengan apa-apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 5
Tarikh Pewartaan: 24 Julai 1997
Keterangan:
Fahaman Syi'ah adalah satu fahaman yang mempunyai pebezaan-perbezaan pokok dengan mazhab Sunni (Ahlus Sunnah Wal Jama'ah)yang diikuti oleh umat Islam di negara ini. Antara fahaman yang jelas bertentangan ialah :
i. Syi'ah menolak hadith yang tidak diriwayatkan oleh Ahlu Bait, sedangkan ahlu Sunnah wal Jama'ah tidak membezakannya asal saja hadith tersebut memenuhi syarat ilmu mustalah hadith.
ii. Syiah melihat "imam" itu sebagai ma'sum, sedangkan Ahlus Sunnah wal Jama'ah melihatnya sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan/dosa.
iii.Syiah tidak mengakui Ijma' tanpa adanya "Imam", sedangkan Ahlus Sunnah wal Ja'ah mengakui Ijma' tanpa mensyaratkan adanya "Imam".
iv. Syi'ah pada umumnya tidak mengakui kekhalifahan Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman al-'Affan sedangkan Ahlus Sunnah mengakui keempat-empat Khulafa' Rasyidin.



Tajuk: Ajaran Qadiani (qadianiah/ahmadiah)

Fatwa:
1. Puak Qadianiah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.
2. Oleh yang demikian -
(a) mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran dan fahaman Qadianiah/Ahmadiah ini adalah murtad; dan
(b) orang Islam yang telah mengamalkan ajaran Qadianiah/Ahmadiah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 6
Tarikh Pewartaan: 12 Julai 2001



Tajuk: Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana (hakikat Insan)

Fatwa:
1. Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan buku-buku yang bertajuk -
(a) "Hakikat Insan" yang ditulis oleh Haji Ahmad Laksamana;
(b) "Rahsia Mengenal Diri" yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan; dan
(c) "Rahsia Hakikat Insan" dan "Ilmu Mengenal Allah" yang ditulis oleh Imam Al-Souti, didapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.
2. Orang Islam, di mana-mana jua berada, yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
3. Orang Islam tidak boleh menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki buku-buku yang tersebut dalam perenggan (1).
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 6
Tarikh Pewartaan: 12 Julai 2001



Tajuk: Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya

Fatwa:
Tarikat Naqsyabandiah Kadirun Yahya adalah menyeleweng dari Akidah Islam yang sebenar amalan-amalannya bertentangan dengan Syariat Islam. Oleh itu mengamalkan ajaran Tarikat ini adalah sesat lagi menyesatkan, mengamalkannya hukumannya haram.
Rujukan Pewartaan: No. 410
Tarikh Pewartaan: 14 Ogos 1986
Keterangan: Antara dakwaan yang dibuat oleh pembawa ajaran ini :
1. Tarikat ini didakwa kononnya diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad sebelum baginda menjadi Rasul. Melalui tarikat ini Allah menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Muhammad. Nur Muhammad ini diturunkan kepada salsilah-salsilah hingga kepada Prof. Kadirun Yahya sendiri.
2. Pengikut-pengikut ajaran ini dikehendaki menggambarkan / membayangkan wajah guru ajaran ini semasa beribadat supaya segera dikabul oleh Allah.
3. Sebelum pengikut-pengikut ajaran ini naik haji ke Mekah, maka terlebih dahulu datang bersuluk di Pancabudi di Medan. Kalau tidak mampu ke Mekah, cukuplah datang ke Medan sahaja.
4. Ahli tarikat ini tidak boleh menghisap rokok kerana sesiapa yang menghisap rokok tidak masuk syurga



Tajuk: Ajaran Syed Mohamad Al-masyhor (al-mas)

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Syed Mohamad Al-Masyhor (Al-Mas) di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Rujukan Pewartaan; M.P.U. 6
Tarikh Pewartaan: 12 Julai 2001
Keterangan: Guru kepada ajaran ini telah membuat dakwaan-dakwaan yang menyalahi aqidah seperti berikut :
a)Mendakwa Rasulullah telah mengamanatkan kepadanya sebagai pengganti Nabi Muhammad S.A.W.
b)Pengikut-pengikutnya mendakwa tidak sah muslim itu kalau tidak diIslamkan oleh Rasulullah atau wakilnya (guru ajaran ini).
c)Perkahwinan dengan orang bukan pengikut ajaran ini tidak sah kerana mereka belum Islam lagi.
d)Semua pengikut digelar “Ikhwan” dan menghormati keturunan Syed Mohamad kerana mereka adalah keturunan Rasulullah.
e)Pengikut-pengikut ajaran ini tidak boleh sembahyang di belakang orang yang bukan pengikut ajaran ini.
f)Amalan sembahyang, puasa dan lain-lain tidak dihiraukan oleh pengikut ajaran ini. Pengikut ajaran ini dijamin masuk Syurga dan mendapat mandat syafaat Rasulullah atas kesalahannya.



Tajuk: Amanat Haji Abdul Hadi

Fatwa:
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 13
Tarikh Pewartaan: 25 Julai 2002



Tajuk: Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’ala.
3. Antara ciri-ciri ajaran itu -
(a) mendakwa -
(i) bertemu Allah;
(ii) bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu menghasilkan hadis Qudsi;
(iii) boleh mentafsir mimpi;
(iv) orang yang berdahi hitam tanda bela jin;
(v) nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata;
(b) menolak adanya hari kiamat;
(c) beliau ialah wakil guru seluruh dunia yang telah diijazahkan oleh Rasulullah S.A.W. dan datang dari Luh Mahfuz yang dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin;
(d) menyalah tafsir Al-Quran;
(e) mandi wajib hanya dengan mencelup jari;
(f) melarang berdoa untuk orang lain;
(g) mencabar Pihak Berkuasa Agama;
(h) mengarang buku yang mengandungi 19 bab seperti yang berikut:
(i) Bab Hakikat
(ii) Bab Fatehah
(iii) Bab Alhamdu
(iv) Bab Bismillah
(v) Bab Al-Quran dan Kitab
(vi) Bab Takbiratul Ehram
(vii) Bab Sembahyang
(viii) Bab Kaum Ibu
(ix) Bab Roh/Nyawa
(x) Bab Ma’ni
(xi) Bab Nabi 1
(xii) Bab Nabi 2
(xiii) Bab Tauhiduz Zat 1
(xiv) Bab Tauhiduz Zat 2
(xv) Bab Guru
(xvi) Bab Sifat
(xvii) Bab Ma’rifat
(xviii) Bab Hati
(xix) Mukadimah Bagi Orang Baru
4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku yang dinyatakan dalam perenggan 3(h).
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 2
Tarikh Pewartaan: 16 Januari 2003



Tajuk: Ajaran Zamre Bin Ab. Wahab

Fatwa:
Ajaran Zamre bin Ab. Wahab adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Ini adalah kerana ajaran tersebut didapati -
(a) mendakwa boleh menunaikan Haji hanya dengan mengerjakannya di Sungai Congkak, Hulu Langat sahaja;
(b) mendakwa dirinya sebagai Rasulullah;
(c) menukar nama pengikutnya dengan nama sahabat-sahabat bagi lelaki dan dengan nama isteri-isteri Nabi bagi pengikut wanita; dan
(d) mengamalkan nikah batin dengan 6 orang termasuk pelajar dan seorang pegawainya.
Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 12
Tarikh Pewartaan: 29 Mei 2003



Tajuk: Ajaran Azhar Bin Wahab (pengasas Al-mansur Holdings Sdn. Bhd.)

Fatwa:
(1) Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar;
(2) Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi Hukum Syarak dan wajib bertaubat.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 18
Tarikh Pewartaan: 3 Jun 2004



Tajuk: Kumpulan Black Metal

Fatwa
1. Amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi Kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, atau menyebarkan amalan-amalan dan perbuatan Kumpulan tersebut;
(b) untuk menjadi anggota atau pemimpin Kumpulan tersebut atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan Kumpulan itu.
3. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal hendaklah segera meninggalkan Kumpulan tersebut dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata'ala.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 32
Tarikh Pewartaan: 2 November 2006


Tajuk: Ajaran Budi Suci

Fatwa:
1. Ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.
2. Antara ciri-ciri ajaran itu-
(i) Terdapat undur-unsur Wahdatul Wujud di dalam amalan kebatinan ajaran kumpulan ini di mana dalam dua kalimah syahadah itu ada dua Nur iaitu Nur Muhammad dan Nur Allah.
(ii) Mengaku bahawa asal usul solat itu berasal daripada perkataan "ALHAMDU".
(iii) Mengatakan bahawa 13 rukun dalam solat daripada 3 bahagian iaitu daripada Allah, bapa dan ibu.
(iv) Mengubahsuai zikir dengan menyerupai kalimah Hindu (HU).
(v) Membahagikan qiblat kepada empat bahagian.
(vi) Ada unsur-unsur tawassul di dalam zikir yang diamalkan.
(vii) Mengatakan kalimah syahadah berasal daripada perkataan seperti Ujud, Kidam, Baqa'.
(viii) Mengatakan fardhu bagi syahadah hanya dua perkara, sedangkan yang sebenarnya tiga.
(ix) Asal kejadian manusia yang melalui 29 peringkat kejadian bermula daripada dalam zat Allah.
3. Mana-mana orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari , mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan amalan kebatinan tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.
4. Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan amalan kebatinan Budi Suci hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan memohon keampunan kepada Allah subhanahu wata'ala.
Rujukan Pewartaan: M.P.U. 7.
Tarikh Pewartaan: 2 Ogos 2007

-------------------------------------------------------------------------------------

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan

=====================================================================================


Tajuk: Fatwa Buku Dan Pita Rakaman Karangan Hj. Ahmad Laksamana.

Fatwa:
Pengisytiharan Undang-undang NO.256 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966. Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 15 Undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, majlis mengisytiharkan bahawa sebarang penerbitan hasil karangan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar adalah dilarang kerana bertentangan dengan hukum syarak atau ajaran agama Islam atau mana-mana fatwa yang diluluskan undang-undang.
Tarikh Pewartaan: 3 Julai 1986
Berikut diantara hasil karangan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar.

Tajuk Penerbitan Pengarang penerbit Bahasa
1.Hakikat Insan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu
2.Tajalli Hj. Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu

Tajuk Pita Rakaman Penyampai
1.Huraian Alam 1,2,3 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
2.Demi Masa 1,2,3 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
3.Allah dan Taghut 2 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
4.Hakikat Solah Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
5.Kewujudan Roh 1,2 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
6.Imam Pokok Perjuangan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
7.Ucapan Tajalli 1 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
8.Lafaz Syahadah Dan Bacaan
Dalam Solah (cara-cara lafaz
syahadah dan bacaan dlm solah) Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
9.Sabar Dalam Makrifat Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
10.Zikir Lahuna (lidah) Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
11.Delima Pengajian Tasauf Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
12.Imam, Alam, Cabaran Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
13.Manusia Tidak Dijadikan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
14.Hakikat Syahadah 1 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
15.Modal Hidup Hj. Ahmad Laksamana bin Omar


Tajuk: Fatwa Ajaran Muhammad Nor Bin Seman.

Fatwa: Pengisytiharan Undang-undang No.255 Undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 Enakmen Bil.2 Tahun 1966.Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 14(3) Undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, majlis menerusi Jemaah Ulama menetapkan fatwa ajaran dan akidah Muhammad Nor bin Seman yang juga dikenali dengan gelaran Mat Nor Kua Supa, Machang, Kelantan adalah berlawanan dengan dasar akidah serta ajaran sebenar agama Islam, memandangkan amalan zikirnya mempunyai kaitan rapat dengan konsep ajarannya maka amalan tersebut juga adalah salah.
Rujukan Pewartaan: BIL.2 THN 1966
Tarikh Pewartaan: 3 Julai 1986



Tajuk: Fatwa Ajaran Hassan Anak Rimau

Fatwa:
Pengisytiharan undang-undang no.255, Undang-undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 Enakmen bil.2 tahun 1966 pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 14(3)Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966, majlis menerusi Jemaah Ulamak memfatwakan bahawa ajarannya menyeleweng dan boleh membawa kepada kufur. Jemaah Ulamak juga kuat berpendapat bahawa Hassan Anak Rimau seorang penganut dan penyebar ajaran salah. Jemaah Ulamak juga telah menghalusi amalan zikir Hassan Anak Rimau dan didapati ianya ada hubungan rapat dengan konsep ajaran dan akidahnya maka dengan ini memfatwakan bahawa amalam zikir berkenaan adalah salah.
Rujukan Pewartaan: PU NO 255 (14(3)
Tarikh Pewartaan: 3 Julai 1986



Tajuk: Fatwa Ajaran Hj. Ahmad Laksamana.

Fatwa:
Pengisytiharan undang-undang no.255 Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 Enakmen bil.2 tahun 1966. Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 14(3)Undang-undang MAIK 1966,majlis menerusi Jemaah Ulamak bersetuju memfatwakan bahawa Hj. Ahmad Laksamana menganuti dan menyebar ajaran salah.
Rujukan Pewartaan: BIL 2 TAHUN 1966
Tarikh Pewartaan: 3 Julai 1986
Keterangan: Setelah mengkaji isu buku "Tajalli" dan "Hakikat insan" karangan Hj. Ahmad Laksamana, pita rakaman ceramah atau pengajaran serta lain-lain butir upacara keugamaan yang mempunyai hubungan rapat dengannya, maka didapati jelas bertentangan dengan dasar akidah dan hukum-hukum Islam kerana mengandungi kata-kata syirik, sesat, khurafat, kata-kata carut dan mereka-reka perkara yang bukan dari ajaran sebenar ugama Islam.

-------------------------------------------------------------------------------------

Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu

=====================================================================================

Tajuk: Pengharaman Ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas Al-mansur Holding Sdn. Bhd.)

Fatwa:
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 50(6) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M (En. Tr. 2/2001), setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan setelah dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini menyiarkan fatwa yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 50 Enakmen ini seperti yang dinyatakan dalam jadual.

JADUAL

AJARAN AZHAR BIN WAHAB

1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah al-Sunnah wal-Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat.
Rujukan Pewartaan: No. 2.
Tarikh Pewartaan: 6 Januari 2005



Tajuk: Pengharaman Kumpulan al Arqam Dan Bukunya

Pegangan kumpulan Al Arqam kepada kedua-dua bukunya yang berjudul "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan" dan "Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi" adalah menyimpang dari ajaran Islam.
Fatwa:
BAHAWASANYA menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 DULI YANG MAHA MULIA TUANKU AL-SULTAN telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.
OLEH YANG DEMIKIAN, PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :

1. BAHAWASANYA-
(1) buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz HJ. ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungan yang mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Aqidah dan Syariah Islamiah serta mengeliru dan boleh menyesatkan masyarakat Islam ; dan
(2) “Manaqib (riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa, adalah diharamkan.
2. BAHAWASANYA Kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan dan Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi adalah diharamkan.
3. BAHAWASANYA pengharaman ini meliputi -
(1) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di perenggan 1 di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah:
(2) apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambar-foto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di perenggan 1 di atas ; dan
(3) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan, bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fonografi, pita-pita rakaman, dan cakera laser, dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di perenggan 1 di atas.

OLEH YANG DEMIKIAN –
(a) orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan-kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini;
(b) orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen ; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ Al Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih; dan
(c) semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya.
Rujukan Pewartaan: No. 1141.
Tarikh Pewartaan: 18 Ogos 1994


Tajuk: Ajaran Ayah Pin

Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.
Fatwa:
Bahawasanya menurut Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan telah perkenan supaya fatwa yang terkandung di dalam ini disiarkan dalam Warta.

Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan fatwa berikut :
1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu, sesat, menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.
2. Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut.
Rujukan Pewartaan: No. 1461.
Tarikh Pewartaan: 4 Disember 1997
Keterangan: Antaranya
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing bahagian.

-------------------------------------------------------------------------------------

Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah

=====================================================================================

Tajuk: Buku " Awaluddin Makrifattullah " Karangan Haji Muhammad Seman Al-banjari Dan
Buku "miftahus Syifa" Karangan Ahmad Thoha Abdul Ghani
Isu
Fatwa:
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut:-

"A. Bahawa -
i. buku yang bertajuk "Awaluddin Makrifattullah" yang ditulis oleh Haji Muhammad Seman Al-Banjuri dan isi kandungannya; dan
ii. buku yang bertajuk "Miftahus Syifa" yang ditulis oleh Ahmad Thoha Abdul Ghani dan isi kandungan, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.

B. Bahawa pengharaman ini meliputi apa-apa terbitan sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem seperti wayang gambar, pita rakaman, cakera padat, cakera laser atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan isi kandung buku-buku di (A) di atas untuk dibaca, dilihat atau didengar.

Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan untuk dijual apa-apa terbitan berkenaan isi kandung buku-buku di (A) di atas".
Rujukan Pewartaan: No. 1,038
Tarikh Pewartaan: 11 Disember 2003



Tajuk: Ajaran Kumpulan Darul Arqam @ Al-arqam

Fatwa:
FATWA yang berikut yang dibuat oleh Jawatankuasa Undang-Undang Majlis (Fatwa) di bawah seksyen 11 (2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 dan disahkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah adalah dengan ini disiarkan:
“A. Bahawa:-
i. Buku yang bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan “ yang ditulis oleh Ustaz HAJI ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungannya; dan
ii. “Manaqib ( riwayat hidup ) Sheikh Muhammad bin Abdullah as Suhaimi" yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.
B. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ al-Alqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi” adalah diharamkan.

C. Bahawa pengharaman ini meliputi :
i. apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi ke semua tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penuaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Waljamaah;
ii. apa-apa jua bahan publisiti kumpulan Darul Arqam @ al -Arqam, termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambarfoto, logo, poster, rajah, surat edaran, glansar filem,iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan pegangan di (A) di atas.
iii. apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas.
Oleh itu, orang Islam dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini.
Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya.”.
Rujukan Pewartaan: No. 530
Tarikh Pewartaan: 23 Ogos 1994



Tajuk: Ajaran Bahai

Fatwa:
Dengan ini dimaklumkan bahawa Fatwa telah dibuat dan diluluskan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 adalah dengan ini disiarkan sebagai berikut :-
"A. Bahawa Ajaran Bahai adalah ajaran sesat. Umat Islam yang terlibat dengannya boleh membawa kepada murtad. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.
B. Bahawa pengharaman ini meliputi:
i. apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;
ii. apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, bertulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di (A) di atas.
Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman Ajaran Bahai, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audia, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Bahai dengan ajaran Islam."
Rujukan Pewartaan: No. 1,037
Tarikh Pewartaan: 11 Disember 2003



Tajuk: Ajaran Tuan Haji Uyut Utun

Fatwa: Adalah diberitahu untuk pengetahuan umum iaitu di bawah Undang-Undang Kecil (2)(3) seksyen II enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/77. Majlis telah mengesahkan satu keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Undang-Undang ( FAtwa ) ke atas ajaran sesat yang telah disampaikan oleh TUAN HAJI UYUT BIN UTUN adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan mengamalkannya sesat dan diharam ke atas kaum muslimin dan muslimat belajar, dan mengajar serta mengamalkan ajaran yang tersebut.
Rujukan Pewartaan: No.519
Tarikh Pewartaan: 10 Jun 1982



Tajuk: Ajaran Nasrul Haq

Fatwa:
Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa Fatwa yang telah dibuat dan diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 11(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, 1977, telah disahkan oleh Majlis dan Fatwa tersebut adalah disiarkan di bawah ini mengikut seksyen 11(3) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1977 sebagai berikut ;

Memandangkan ajaran Nasrul Haq bukan daripada ajaran Islam dan boleh membawa pengikut-pengikutnya menyeleweng daripada akidah Islam yang sebenar, maka dengan ini:-
1. Sumpah yang terkandung dalam bai'ah Nasrul Haq hendaklah dimansuhkan.
2. Ahli-ahli Nasrul Haq yang telah bersumpah dalam bai'ahnya hendaklah membayar kaffarah.
3. Perkataan khalifah hendaklah dimansuhkan.
4. Segala zikir hendaklah semata-mata kerana Allah.
5. Kegiatan berjurus hendaklah jangan dilakukan di Masjid-masjid di Surau-surau dan dikawasan/kawasannya.
Rujukan Pewartaan: No.466
Tarikh Pewartaan: 8 Jun 1978



Tajuk: Fatwa Mengenai Kumpulan Anti-hadis

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan),Majlis telah, melalui Jawatankuasa Fatwa yang telah sebulat suara meluluskan satu fatwa dan berikutan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa itu,yang bertindak bagi pihak dan atas nama Majlis, telah mengeluarkan fatwa itu mengikut subseksyen (2) seksyen 37 Ordinan itu, membuat Pemberitahuan yang berikut:
1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa Mengenai Kumpulan Anti-Hadis),1996, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 1997.
2. Fatwa yang berikut mengenai kumpulan anti-hadis hendaklah terpakai bagi, dan terikat kepada, semua orang Islam di Sarawak:
Fatwa:
"A. BAHAWA-
(a) buku-buku yang bertajuk:
(i)"Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kasim Ahmad dan isi kandungannya;
(ii)"Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di Dalam Al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman dan isi kandungannya;
(iii)"Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali dan isi kandungannya;
(iv)'The Computer Speaks; God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa dan isi kandungannya; dan
(b) risalah "Iqra" dan isi kandungannya,
adalah merupakan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah,syariah dan akhlak Islamiah dan yang boleh mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam kerana ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut,antara lain, menolak hadis sahih (iaitu yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah s.a.w. dan menghina Al-Quran dengan mempertikaikan sebenar ayat-ayat Al-Quran tersebut, adalah dengan ini diharamkan.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang Islam (kemudian daripada ini disebut "Kumpulan Anti-Hadis") yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut tadi adalah merupakan suatu kumpulan yang sesat dengan ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan aqidah,syariah dan akhlak Islamiah, adalah dengan ini diharamkan.
OLEH ITU mana-mana orang atau kumpulan orang Islam adalah dilarang;
(a) untuk mengajar,mempelajari, mengamalkan,berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku "Hadis Satu Penilaian Semula","Hadis Jawapan Kepada Pengkritik","Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di Dalam AL-Quran","Bacaan","The Computer Speaks;God's Message To The World" dan risalah "Iqra" itu;
(b) untuk menyimpan,menjual,mencetak, menerbit, memiliki,menyiar, menyebar atau mengedarkan buku-buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu-Hadith Di Dalam Al-Quran","Bacaan","The Computer Speaks; God's Message To The World" dan risalah "Iqra" itu atau mana-mana bahagian dariapdanya,termasuk;
(i) apa-apa bentuk,versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu,
pada atau atas apa-apa bahan,sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; dan
(c) untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana Kumpulan Anti Hadis atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian
Rujukan Pewartaan: Swk.l.n.102
Tarikh Pewartaan: 31 Disember 1996



Tajuk: Fatwa Mengenai Kumpulan Darul Arqam@al-arqam

Pada menjalankan kausa-kuasa yang diberikan kepada Majlis Islam Sarawak oleh subseksyen (3) seksyen 37 dan subseksyen (3) seksyen 38 Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan), Pemberitahuan yang berikut telah dibuat;
1. Pemberitahuan ini bolehlah dinamakan Pemberitahuan Majlis Islam (Fatwa mengenai Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam), 1994, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 19hb Ogos,1994.
2. Fatwa yang berikut hendaklah terpakai bagi dan terikat kepada semua orang Islam di Sarawak:
Fatwa:
"A. Bahawa-
i. buku yang bertajuk "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan" yang ditulis oleh Ustaz HJ. ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungannya; dan
ii. "Manaqib (riwayat hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi" yang ditulis oleh Mohamad Taha As-Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya,
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam oleh itu adalah diharamkan.
B. Bahawa Kumpulan Darul Arqam@Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk "Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan" dan "Kitab Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi" adalah diharamkan.
C. Bahawa pengharaman ini meliputi:
i. apa-apa variasi,versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di A di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu suatu pegangan,ideologi,falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;
ii. apa-apa bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam@ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar,gambarfoto,logo,poster,rajah,surat edaran,gelansar filem,iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan untuk membuat publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di A di atas;
iii. apa-apa terbitan,ertinya apa-apa buku, majalah,pamplet,risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak,ditaip,ditulis tangan,atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya,dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar,sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam,fotografi,pita-pita rakaman,cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca,dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di A di atas;
Oleh itu, orang-orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran,pegangan dan fahamanKumpulan Darul Arqam@ Al-Arqam, menjadi ahli,mengetuai,memimpin,memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi,sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini.
Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki,menyimpan,mencetak,menjual termasuk mengedarkan filem,rakaman audio,pamplet,buku-buku,majalah atau apa-apa terbitan,risalah dan apa-apa dokumen;menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam@Al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih,dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan"
Rujukan Pewartaan: Swk. LN. 46
Tarikh Pewartaan: 19 Ogos 1994




OLEH KERANA TERLALU BANYAK GURU-GURU TAREKAT SUFI YANG BEREDAR DI MALAYSIA
MAKA SILA SEMAK, ADAKAH TAREKAT YANG ANDA CEBURI TERMASUK DALAM SENARAI YANG DIHARAMKAN
MEREKA DIMINTA CEPAT2 BERTAUBAT



KLIK BUTANG TAJDID